VH Green Nature Park, Kuching part 2. Seperti pernah aku kata... Sambungan cerita taman kitar semula tak habis lagi... So, kenalah ada sam...

VH Green Nature Park, Kuching Part 2

/
1 Comments


VH Green Nature Park, Kuching part 2. Seperti pernah aku kata... Sambungan cerita taman kitar semula tak habis lagi... So, kenalah ada sambungannya. Cerita part 1 DI SINI. Hehe...



Ok... Selesai Alia naik kuda, kami ronda tengok rabbit. Huhu... Rabbit tak nak keluar pulak dari lubang kayu. Malu kot, bila petugas kat situ keluar... Barulah dia nak keluar. Apalagi, adik ipar lelaki aku terus ajak Alia tengok. Then... Datang pulak 3 kanak-kanak cina yang join tengok. Dah serupa macam kawan Alia dah.


Kemudian... Kami ke kandang kuda. Konon nak tengok kuda sedang makan. Alhamdulillah... Tercapai jugak hajat nak tengok kuda secara real yer. Teringat dulu masa kecik-kecik... Selalu membayangkan... Tak kan dapat tengok kuda secara real kalau tak keluar negara. Hehe... Kolot sungguh pemikiran masa tu tau. Padahal boleh je sebenarnya.


Selesai ke kandang kuda. Kami ke bahagian tanaman organik. Penat punya pasal. Hubby sempat juga bergambar dengan Ain. Senyuman paling cantik Ain bagi. Haha... Tak putus-putus hubby memuji.


Tak cukup di situ... Kami pergi di bahagian taman kitar semula pulak... Bergambar dengan mickey mouse, pooh dan kura-kura yang diperbuat daripada besi dan aluminium terpakai. Bukan tu je... Banyak benda lain seperti tayar di kitar semula. Kereta pun dorang cat balik. Menyempat jugak Alia ambik gambar kenangan di situ. So far best la taman dia... Event still under construction.

Insya Allah... Nanti nak pergi lagi... Tengok vh green nature park yang dah siap sepenuhnya pulak. Orait... Tu je kot sambungan cerita kami sepanjang berada di VH Green Nature Park, Matang Kuching.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: