Nur Ain Haziqah 10 bulan. Alhamdulillah... Harini genap usia Ain 10 bulan. Dah start berdiri dan boleh turunkan badan tanpa bantuan......

Nur Ain Haziqah 10 Bulan

/
4 Comments


Nur Ain Haziqah 10 bulan. Alhamdulillah... Harini genap usia Ain 10 bulan. Dah start berdiri dan boleh turunkan badan tanpa bantuan... Semakin lasak... Asyik mintak lepas dari dukungan. Bila dilepaskan... Bersiap sedialah... Aku nak kena kemaskan balik barang yang dia selongkarkan. Walaupun penat melayan karenah dia... Bila tiba waktu tidur. Alahai... Rasa nak gomol je muka dia. Haha...



Paling best... Kak Alia dah ada teman bergaduh. Suka tarik rambut si kakak. Tapi... Ain sangat beruntung punya sorang kakak yang amat baik. Walaupun kena tarik rambut... Alia lansung tak melawan sebaliknya hanya memberitahu aku. Apalagi... on the spot... Teguran akan hinggap di telinga Ain. Mungkin... Ain tak faham dengan apa yang kita perkatakan... Namun aku percaya... If kita lakukan pengulangan dalam memperkatakan sesuatu... Anak pasti memahami. Insya Allah :)

Dah faham dengan arahan mudah. Bila kita panggil... Terus pergi kat kita. Then... Bila asyik pergi kat kita pulak... Lain ceritanya... Tu petanda si Ain membuang air besar. Selagi tak cuci. Selagi tula dia tarik baju kita dan berdiri di sisi kita. Dah faham sangat dah. Gigi pun dah dua... Bahagian bawah. Ada orang kata... If gigi bawah tumbuh dulu... Next baby if ada rezeki... Baby girl lagi. Huhu... Wallahu'alam. Tu kepercayaan orang indon. Isteri jiran sebelah umah mertua aku bagitau masa jumpa dia cuti sekolah baru-baru ni. Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam.

Kemudian... Ain jugak suka menjerit sekarang ni. Test power suara kot. Haha... Part makan. Semua masuk. Alhamdulillah... Harap-harap berat Ain terus maintain naik ikut flow seperti biasa.

Khamis ni Checkup 10 bulan. Insya Allah... Akan aku abadikan ceritanya di sini. Hehe...



ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments:

  1. Alhamdulillah....
    Semoga membesar dgn penuh kasih sayang dan menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat yea..Aminnnn...

    ReplyDelete
  2. Tuo2 lagi dua bulan jk sambit birthday dah ain.
    Cepatnya masa berlalu kan..mak ain dh boleh dikir nk bg adik dah.haha..

    Jangan dipercaya pasal gogi nawah dpt anak girl tu..doakan Insyaallah nti fiza dpt boy pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula Muni, cepat btl masa berlalu. Fiza setuju dgn Muni... tak boleh percaya bab2 kepercayaan sebegitu.

      Delete