Keputusan Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015 dah pun diketahui. Pada aku agak mengejutkan jugaklah... Sebab, selepas tengok separuh akhir AF2015 last week... Majoriti family aku asyik dok kata Syamel yang akan menjadi juara AF2015... Namun... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia... Siapa yang tahu kan. Akhirnya... Sufi yang dinobatkan sebagai tempat pertama AF2015... Sementara naib johan... Disandang oleh Syamel... Tempat ketiga, Bila dan tempat keempat pulak adalah Syarul. Tu adalah keputusan penuh konsert akhir AF2015 tadi.

BIODATA SUFI JUARA AF2015

Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid
Umur: 24 Tahun
Asal: Singapura Asal

Info daripada laman malvister

Apa-apa pun... Tahniah buat Sufi. Pada Syamel, Bila dan Syarul. Walaupun tak menang ataupun juara. Confirm dorang pun buat album jugak nanti... kan?

# Nota: Tak tengok... Tapi tahu keputusan daripada encik suami. Apa boleh buat. Tidurkan Ain... Dengan aku sekali tertidur. Ni pun terjaga... Top-top hubby ajak berbual. Apalagi... Isu panas pastinya AF. Apalagi kenalah update. Nak jugak tahu pendapat kengkawan pasal AF2015. Ye tak? Mesti ramai kan yang tak puas hati...