VH Green Nature Park, Kuching part 2. Seperti pernah aku kata... Sambungan cerita taman kitar semula tak habis lagi... So, kenalah ada sam...



VH Green Nature Park, Kuching part 2. Seperti pernah aku kata... Sambungan cerita taman kitar semula tak habis lagi... So, kenalah ada sambungannya. Cerita part 1 DI SINI. Hehe...



Ok... Selesai Alia naik kuda, kami ronda tengok rabbit. Huhu... Rabbit tak nak keluar pulak dari lubang kayu. Malu kot, bila petugas kat situ keluar... Barulah dia nak keluar. Apalagi, adik ipar lelaki aku terus ajak Alia tengok. Then... Datang pulak 3 kanak-kanak cina yang join tengok. Dah serupa macam kawan Alia dah.


Kemudian... Kami ke kandang kuda. Konon nak tengok kuda sedang makan. Alhamdulillah... Tercapai jugak hajat nak tengok kuda secara real yer. Teringat dulu masa kecik-kecik... Selalu membayangkan... Tak kan dapat tengok kuda secara real kalau tak keluar negara. Hehe... Kolot sungguh pemikiran masa tu tau. Padahal boleh je sebenarnya.


Selesai ke kandang kuda. Kami ke bahagian tanaman organik. Penat punya pasal. Hubby sempat juga bergambar dengan Ain. Senyuman paling cantik Ain bagi. Haha... Tak putus-putus hubby memuji.


Tak cukup di situ... Kami pergi di bahagian taman kitar semula pulak... Bergambar dengan mickey mouse, pooh dan kura-kura yang diperbuat daripada besi dan aluminium terpakai. Bukan tu je... Banyak benda lain seperti tayar di kitar semula. Kereta pun dorang cat balik. Menyempat jugak Alia ambik gambar kenangan di situ. So far best la taman dia... Event still under construction.

Insya Allah... Nanti nak pergi lagi... Tengok vh green nature park yang dah siap sepenuhnya pulak. Orait... Tu je kot sambungan cerita kami sepanjang berada di VH Green Nature Park, Matang Kuching.

Kentang goreng KFC kononnya yang sangat mudah nak buat. Actually, resepi ni selalu rakan fb share. So, apalagi... Teringin jugak nak b...



Kentang goreng KFC kononnya yang sangat mudah nak buat. Actually, resepi ni selalu rakan fb share. So, apalagi... Teringin jugak nak buat untuk minum petang sambil dengar pembentangan bajet 2016 semalam. Alhamdulillah... Ain pun suka.


CARA MEMBUAT KENTANG GORENG
Tapi... Sedikit perubahan resepi aku buat... So far... Sedap jugak. Antara lain bahan yang aku guna adalah seperti berikut:-

7-8 biji kentang (dibasuh bersih dan belah)
1/4 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
Perencah secukup rasa maggie yang kecik

Nak buat pulak... Just rebus kentang sekejap. Then... Salutkan dengan tepung yang telah siap digaulkan dengan semua bahan. Akhir sekali... Goreng sehingga garing. Sedap dimakan dengan sos cheezy wedges. Tapi... Malas punya pasal. Tambahan nak cepat. Hubby request cicah pulak dengan sos cili.

Tu pasal menu minum petang semalam. Pasal bajet 2016. Huhu... Kemain banyak peruntukan untuk Sarawak yer, termasuklah pinjaman tanpa faedah untuk buat rumah panjang. Tapi... Alah. Malaslah nak ulas. Kang... Ada pulak yang membidas. Cuma tula... Part bonus untuk penjawat awam. Seperti dah dijangkan. Pastinya... Sekadar bantuan RM500 yang akan dibayar pada Januari 2016. Tak silap jugak dapat inisiatif kenaikan gaji tahunan pada julai 2016. Ermmm... BR1M pun naik. Huhu... Satu lagi susu bayi akan dihapuskan GST tu pun susu berasaskan soya dan organik. Mean... Susu berasaskan susu lembu still ada GST lah tu. Puas hati ke tak rakyat... Wallahu'alam... Nak tak nak kena terima jelahkan. Betul tak?


Hari terakhir dalam pantang. Akhirnya... Harini selesai sudah adik menjalani hari-hari berpantang. Syukur... 2 lelaki dan 2 perempuan ...



Hari terakhir dalam pantang. Akhirnya... Harini selesai sudah adik menjalani hari-hari berpantang. Syukur... 2 lelaki dan 2 perempuan dah anak dia. Sepanjang dalam pantang... Anak sulung mak mertua dia yang jaga... Yang second dan third... Dia bawak balik kampung rumah mak. Apalagi... Bila dah berkumpul... Homeschool pun Alia dah tak hiraukan dah... Seronok sungguh bermain dengan cousin dia. Takpelah... Bagi peluang kat dia main puas-puas... Nanti dorang balik. Mesti sunyi dah... Belajar sambil main pun boleh kan... Mengenal warna pada alat mainan pun boleh jadi. Hehe...


Tahu jelah... Kalau budak dah berkumpul... Lansung tak fokus dengan apa yang kita buat. Yang dorang tahu... Main, gaduh... Lepas tu main bersama semula... kan.

Nur Ain Haziqah 10 bulan. Alhamdulillah... Harini genap usia Ain 10 bulan. Dah start berdiri dan boleh turunkan badan tanpa bantuan......



Nur Ain Haziqah 10 bulan. Alhamdulillah... Harini genap usia Ain 10 bulan. Dah start berdiri dan boleh turunkan badan tanpa bantuan... Semakin lasak... Asyik mintak lepas dari dukungan. Bila dilepaskan... Bersiap sedialah... Aku nak kena kemaskan balik barang yang dia selongkarkan. Walaupun penat melayan karenah dia... Bila tiba waktu tidur. Alahai... Rasa nak gomol je muka dia. Haha...



Paling best... Kak Alia dah ada teman bergaduh. Suka tarik rambut si kakak. Tapi... Ain sangat beruntung punya sorang kakak yang amat baik. Walaupun kena tarik rambut... Alia lansung tak melawan sebaliknya hanya memberitahu aku. Apalagi... on the spot... Teguran akan hinggap di telinga Ain. Mungkin... Ain tak faham dengan apa yang kita perkatakan... Namun aku percaya... If kita lakukan pengulangan dalam memperkatakan sesuatu... Anak pasti memahami. Insya Allah :)

Dah faham dengan arahan mudah. Bila kita panggil... Terus pergi kat kita. Then... Bila asyik pergi kat kita pulak... Lain ceritanya... Tu petanda si Ain membuang air besar. Selagi tak cuci. Selagi tula dia tarik baju kita dan berdiri di sisi kita. Dah faham sangat dah. Gigi pun dah dua... Bahagian bawah. Ada orang kata... If gigi bawah tumbuh dulu... Next baby if ada rezeki... Baby girl lagi. Huhu... Wallahu'alam. Tu kepercayaan orang indon. Isteri jiran sebelah umah mertua aku bagitau masa jumpa dia cuti sekolah baru-baru ni. Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam.

Kemudian... Ain jugak suka menjerit sekarang ni. Test power suara kot. Haha... Part makan. Semua masuk. Alhamdulillah... Harap-harap berat Ain terus maintain naik ikut flow seperti biasa.

Khamis ni Checkup 10 bulan. Insya Allah... Akan aku abadikan ceritanya di sini. Hehe...

Nescafe Latte Caramel punya pasal. Kisah pantang tengok produk baru... Confirm semangat nak mencuba hubby tak boleh nak dibendung. Hah...



Nescafe Latte Caramel punya pasal. Kisah pantang tengok produk baru... Confirm semangat nak mencuba hubby tak boleh nak dibendung. Haha...


HARGA NESCAFE LATTE CARAMEL
Apalagi, semalam terus beli... 5 paket dalam 1 bungkus beharga RM4. Actually Nescafe Latte Caramel tak pahit, mengandungi gula perang, kopi yang dipanggang sempurna dan caramel sudah semestinya. Kata nescafe latte caramel. Mestilah caramel bahan utamanya selepas kopi right... Hehe.

Alhamdulillah... Sampai rumah. Bukan hubby yang try dulu. Si isteri yang buat dan merasa dulu nescafe latte caramel ais. Fuh! Yummy... Memang sedap. Walaupun 3 in 1 dikatakan tak elok untuk kesihatan. Sekali-sekala try produk baru apa salahnya... Taklah bosan sangat minum susu omega plus hari-hari... Ye tak? Haha... 'Lejuk' (jemu) kata orang Sarawak.


Keputusan Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015 dah pun diketahui. Pada aku agak mengejutkan jugaklah... Sebab, selepas tengok separuh a...



Keputusan Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015 dah pun diketahui. Pada aku agak mengejutkan jugaklah... Sebab, selepas tengok separuh akhir AF2015 last week... Majoriti family aku asyik dok kata Syamel yang akan menjadi juara AF2015... Namun... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia... Siapa yang tahu kan. Akhirnya... Sufi yang dinobatkan sebagai tempat pertama AF2015... Sementara naib johan... Disandang oleh Syamel... Tempat ketiga, Bila dan tempat keempat pulak adalah Syarul. Tu adalah keputusan penuh konsert akhir AF2015 tadi.

BIODATA SUFI JUARA AF2015

Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid
Umur: 24 Tahun
Asal: Singapura Asal

Info daripada laman malvister

Apa-apa pun... Tahniah buat Sufi. Pada Syamel, Bila dan Syarul. Walaupun tak menang ataupun juara. Confirm dorang pun buat album jugak nanti... kan?

# Nota: Tak tengok... Tapi tahu keputusan daripada encik suami. Apa boleh buat. Tidurkan Ain... Dengan aku sekali tertidur. Ni pun terjaga... Top-top hubby ajak berbual. Apalagi... Isu panas pastinya AF. Apalagi kenalah update. Nak jugak tahu pendapat kengkawan pasal AF2015. Ye tak? Mesti ramai kan yang tak puas hati... 

Wajib tahu mengenai kafein dan kaitannya pada penyusuan bayi. Satu info yang seharusnya diketahui bersama. Pernah terbaca di dalam maj...



Wajib tahu mengenai kafein dan kaitannya pada penyusuan bayi. Satu info yang seharusnya diketahui bersama. Pernah terbaca di dalam majalah Pa&Ma, di mana... Di dalam satu kajian menunjukkan amalan meminum kopi yang kronik mungkin menurunkan kandungan zat besi dalam susu ibu... Dan seterusnya mengurangkan susu.

10 bulan still menyusu badan... Alhamdulillah rezeki Allah bagi buat anak solehah Nur Ain


PETUA BILA SUSU BERKURANG
Tapi... Kalau aku... Pengalaman menyusukan Alia dan Ain. Bila dah minum teh atau kopi bila teringin. Selepas tu... Akan ambik buah kurma dan minum horlick. So far, takde istilah susu berkurang. Alhamdulillah... 

Berdiri pada usia 9 bulan. Alhamdulillah... Genap 9 bulan pada tanggal 19 September 2015... Ain pun dah mula boleh berdiri sendiri di ...



Berdiri pada usia 9 bulan. Alhamdulillah... Genap 9 bulan pada tanggal 19 September 2015... Ain pun dah mula boleh berdiri sendiri di kerusi atau meja. Nampak gayanya... Ain dah start belajar untuk berjalan.

Dalam usia dan perkembangan sebegini... Extra pemantauan amatlah dititikberatkan. Lebih rela tak buat kerja rumah semata-mata nak jaga keselamatan Alia dan Ain. Haha... Tapi, takdelah sampai begitu. Kang... Jawabnya tak berasaplah dapur.

Biasanya, time dorang tidurlah... Aku pulun siapkan apa yang patut... Termasuklah buat draf untuk blog. Cuma akhir-akhir ni... Malas plus tak ada idea, membuatkan blog sikit terabai... Pagerank pun jatuh menjunam. Huhu... Nak kena struggle baliklah nampak gayanya.


Berbalik pada cerita cik Ain... Semenjak dah boleh berdiri ni... Kemain dia... Asyik try berdiri je dia... Tak kira... Guna bakul ke, beg ke... Kekadang tu... Belakang atuk pun dia jadikan untuk tempat berpaut. Pernah sekali... Insident Tersungkur di sisi almari... Terus terkena pipi... Sudah! Biru oiii pipi cik Ain... Bak kata mak. Sabarlah wahai Ain... Tu antara liku-liku yang kita kena hadap... Kalau nak capai sesuatu kejayaan dalam perkembangan. Kan?

Bila dah boleh berdiri... Tunjuk pulak skill nak panjat kerusi... Tapi sampai sekarang tak berjaya lagi. Haha... Nanti bila dah berjaya... Dan berkesempatan ambik gambar dia... Akan aku abadikan ceritanya di sini. Insya Allah. Wallahu'alam.

Aiskrim Gula apong. Rasanya pernah diviralkan kot suatu ketika dulu. Hehe... Ahad lepas before balik dari bercuti di rumah keluarga me...



Aiskrim Gula apong. Rasanya pernah diviralkan kot suatu ketika dulu. Hehe... Ahad lepas before balik dari bercuti di rumah keluarga mertua. Sempat jugak aku, hubby dan Alia merasa aiskrim gula apong.

Nak merasa aiskrim gula apong... Kepada yang tinggal area kota samarahan... Bolehlah singgah di kedai aiskrim gula apongnya... Bersebelahan pizza hut... Tak jauh dari bank Islam.

Adik kata... Setiap hari menu aiskrim gula apongnya berbeza. Biasalah adik... Study kat UNIMAS... Hari-hari boleh try. Almaklumlah... Jenama aiskrim tengah famous di Sarawak. Haha...


Oh ya...Kami punya... Aiskrim gula apong nestum. Cup kecik cuma rm2.00 sahaja. Murah... Banyak dan sedap. Sampaikan Alia tak mampu nak habiskan.

Alhamdulillah... Tertunai jugak hajat nak merasa aiskrim gula apong Kota Samarahan, Sarawak.