Filem Girlfriend Kontrak bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September ni berdasarkan iklan yang aku tengok di tv. Apalagi...Tak dapat tengok... Wajib gak google sinopsisnya. Mana tahu berminat... Boleh beli cd. Hehe... Tak pun tengok di Astro First nanti kan...

SINOPSIS FILEM GIRLFRIEND KONTRAK
Berdasarkan sumber, sinopsis filem girlfriend kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd. Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya.

Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.

Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Baca sinopsis macam best. Hehe...

Sumber : http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2015/09/filem-girlfriend-kontrak-di-pawagam-24.html?m=1