Drama akasia terbaru berjudul Hello Mr. Perfect akan menggantikan drama Mencintaimu yang mana akan berakhir minggu ni. Tengok jugak iklan drama ni di tv. Tak silap, mula bersiaran 30 September 2015. Apalagi... Mulalah meng'google sinopsis Hello Mr. Perfect di internet. Not bad jalan ceritanya. Tapi... Aku tak minat sangat dengan lakonan Fatah Amin. Tak tahu kenapa... Selepas tengok drama Playboy itu suami aku... Lakonan dia dengan Nur Risteena. Aku terus jadi tak minat.

Sumber dari Edtv

Menurut sumber, dalam Hello Mr. Perfect... Fatah Amin digandingkan dengan pelakon baru Nur Ruhainies... Iaitu adik kepada Nur Risteena.

BIODATA RINGKAS PELAKON WATAK ALYA ADRIANA DALAM HELLO MR. PERFECT

Menurut Edtv, Nama sebenar dia ialah Nur Ruhainies Farehah bt Zainul Ilyas. Berusia 23 tahun. Huhu... Patutlah... Nampak muda sangat heroinnya dalam iklan kan?