Drama akasia terbaru berjudul Hello Mr. Perfect akan menggantikan drama Mencintaimu yang mana akan berakhir minggu ni. Tengok jugak ik...



Drama akasia terbaru berjudul Hello Mr. Perfect akan menggantikan drama Mencintaimu yang mana akan berakhir minggu ni. Tengok jugak iklan drama ni di tv. Tak silap, mula bersiaran 30 September 2015. Apalagi... Mulalah meng'google sinopsis Hello Mr. Perfect di internet. Not bad jalan ceritanya. Tapi... Aku tak minat sangat dengan lakonan Fatah Amin. Tak tahu kenapa... Selepas tengok drama Playboy itu suami aku... Lakonan dia dengan Nur Risteena. Aku terus jadi tak minat.

Sumber dari Edtv

Menurut sumber, dalam Hello Mr. Perfect... Fatah Amin digandingkan dengan pelakon baru Nur Ruhainies... Iaitu adik kepada Nur Risteena.

BIODATA RINGKAS PELAKON WATAK ALYA ADRIANA DALAM HELLO MR. PERFECT

Menurut Edtv, Nama sebenar dia ialah Nur Ruhainies Farehah bt Zainul Ilyas. Berusia 23 tahun. Huhu... Patutlah... Nampak muda sangat heroinnya dalam iklan kan?

VH Green Nature Park, Matang Sarawak. Actually... Ni kisah cuti raya haji. Petang raya haji... Sekitar jam 2 petang gitu... Kami 4 ber...



VH Green Nature Park, Matang Sarawak. Actually... Ni kisah cuti raya haji. Petang raya haji... Sekitar jam 2 petang gitu... Kami 4 beranak gerak pergi ke Kuching untuk jenguk keluarga mertua. Almaklumlah... Waktu cuti je berkesempatan jenguk dorang.

Sampai je jam 7 malam gitu... Terus singgah Giant batu 10, Kuching. Misi mencari cocoa colagen adik. Sekali tak jumpa... Lain pulak aktiviti kami 4 beranak... Haha. Shopping pakaian Alia dan Ain. Sekali bayar mak aii... Mencecah RM200++. Then... Terus balik. Ain pun dah tunjuk perangai. Tak mandi lagi. Sampai rumah... Lepak kejap dengan family... Then, terus masuk tidur.


Esoknya Jumaat. Seperti biasa... Kaum Adam akan menunaikan solat Jumaat. So, tiada planning untuk ke mana-mana. Lagipun, jerebu di Samarahan paras tak sihat. So, lepak jelah kat rumah.

Sbtunya... Seperti yang dirancang sebelum cuti. Konon nak bawak Alia dan Ain tengok kuda. So, pergilah ke VH Green Nature Park, Matang Kuching. Actually, ia merupakan satu taman rekreasi bagi mendidik pengunjung mengenai amalan kitar semula bahan terbuang.

Konsep kitar semula ditekankan di seluruh kawasan taman supaya pengunjung boleh melihat bagaimana barangan dikitar semula seperti tayar lama menjadi kotak tanaman dan tempat letak basikal serta botol plastik bagi mengantung tanaman dan kawasan taman tersebut juga dibahagikan kepada kawasan bangunan utama, tempat permainan kanak-kanak, sudut jagung, dusun buahan, kebun organik, kebun herba, kawasan mennjual makanan dan minuman, rumah ladang dan stor.

BERAPAKAH BAYARAN MASUK KE VH GREEN NATURE PARK, MATANG KUCHING

Alhamdulillah... Pada aku kadar bayaran masuk ke VH Green Nature Park, Matang Kuching berpatutan iaitu RM9 bagi orang dewasa, RM7 bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dan tiada bayaran bagi bayi. If nak naik kuda. Kena extra bayar sebanyak RM10 seorang.


Nak dijadikan cerita. Hubby bagi Alia naik kuda. Ingatkan Alia takut... Rupanya tidak. Ain pulak terlebih teruja bila tengok si kakak naik kuda. Kemain lagi mulut dia becok cakap entah apa-apa... Haha. Bahasa Jerman kot.

Selesai naik kuda... Kami ronda satu taman. Actually, taman VH still dalam proses pembangunan. Nanti kalau betul-betul dah siap... Aku rasa mesti lagi... Lagi cantik. Pastu tiket masuk pun mesti naik jugak... Sebab last month... Adik-adik ipar aku pergi... Masuk baru RM5. Dan... Hari Sabtu tu kami pergi... Naik pulak pergi RM9. Huhu...

Tu bab Alia naik kuda dan harga tiket masuk di taman VH Green Nature Park. Bab tengok binatang dan contoh-contoh bahan terpakai nanti aku story lagi ok. Penat... Menaip guna note. Haha...


Ayam Masak Kurma Paling Mudah Tanpa Santan. Haha... Walaupun dah 3 hari berlalu terperuk di ceruk draft. Still nak update pasal entri ...



Ayam Masak Kurma Paling Mudah Tanpa Santan. Haha... Walaupun dah 3 hari berlalu terperuk di ceruk draft. Still nak update pasal entri masakan jugak... Buat menambah koleksi resepi di sini sebenarnya. Hehe... Memandangkan sekarang jerebu di Sarawak. Mood keluar rumah pun kelaut. Apalagi... Kenalah merajinkan diri untuk memasak.


Actually... Resepi ayam masak kurma adalah antara lauk kesukaan Alia. Tak silap umur setahun lebih... Alia dah start makan ayam masak kurma. Cuma... Masa tu still tanpa perasa. Now, dah lama tak membuat. Apalagi... Bila datangnya mood Alia tak nak makan... Mulalah memikirkan menu untuk dia. Masak je... Alia terus bernafsu nak makan... Haha.

Nak buat ayam masak kurma semudah cara aku... Kenalah ada 500gram ayam... 8 ulas bawang merah, 8 ulas bawang putih, halia, kentang, serai dikisar halus kesemuanya dan jugak ramuan kurma yang tersedia ada di pasaran. Tumis kesemuanya... Then masukkan ayam... Bila hampir masak. Masukkan pula kentang. Then... Masukkan sedikit susu sebagai pengganti santan. Dalam hal ni... Aku bancuh je 4 sudu susu dumex dugro Alia. Dah settle.

Walaupun simple. Alhamdulillah... Habis jugak sepinggan nasi Alia. Sedap katanya. Haha...

Filem Girlfriend Kontrak bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September ni berdasarkan iklan yang aku tengok di tv. Apalagi...Tak dapa...



Filem Girlfriend Kontrak bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September ni berdasarkan iklan yang aku tengok di tv. Apalagi...Tak dapat tengok... Wajib gak google sinopsisnya. Mana tahu berminat... Boleh beli cd. Hehe... Tak pun tengok di Astro First nanti kan...

SINOPSIS FILEM GIRLFRIEND KONTRAK
Berdasarkan sumber, sinopsis filem girlfriend kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd. Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya.

Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.

Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Baca sinopsis macam best. Hehe...

Sumber : DI SINI

Tumbuh gigi pada usia 8 bulan. Alhamdulillah... Tapi sebatang je pun. Bahagian bawah... Depan. Dah cukup membuatkan Ain teruja untuk m...



Tumbuh gigi pada usia 8 bulan. Alhamdulillah... Tapi sebatang je pun. Bahagian bawah... Depan. Dah cukup membuatkan Ain teruja untuk menggigit. Seperti biasa... Orang yang selalu menjadi mangsa gigitan dia adalah aku. Huhu... Sabar jelah.

Now... Ain semakin bijak... Untuk memahami apa yang kita perkatakan. Namun... Bila leka bermain sejamdua jam... Akan kedengaranlah jeritan batinnya memanggil-manggil... Tanda mahu disusukan. Huhu...


Sekarang Ain dah kurang mintak didukung... Biasalah bayi... Bila dah mahir duduk... Pasti leka bermain... Berdasarkan pengalaman ada dua anak perempuan... Walaupun susah dijaga masa kecik... Asyik mintak didukung... Tapi bila dah boleh duduk... Automatik... Jarang mintak didukung. Kita pulak akan terhegeh-hegeh nak dukungkan dia.

Bila part bermain... Ain dah boleh jadi geng hantar bola dengan kak Alia. Alhamdulillah... Takdelah kakak boring kan... Bila dah bermain tu... Kekadang ada jugak adegan si kakak cuba merampas mainan di tangan si adik. Apalagi... Ain menjerit sambil tolak tanda protes. Haha... Dah pandai beremosi sungguh.

Lagi beberapa hari... Umur Ain 9 bulan. Tak sabar pulak nak tengok dia pandai berjalan... Memandangkan... Sekarang pun... Ain dah start cuba untuk berdiri di kerusi. Insya Allah... Lain entri... Ada masa curi ambik gambar... Akan aku update'kan mengenai kisahnya lagi. Hehe...

Bahasa Melayu Sarawak. Cheyyyy... Lama tak update pasal bahasa Sarawak yer. Simple things... Orang selalu tanya. KITAK ORANG SINEY? da...



Bahasa Melayu Sarawak. Cheyyyy... Lama tak update pasal bahasa Sarawak yer. Simple things... Orang selalu tanya. KITAK ORANG SINEY? dalam bahasa Melayu Sarawak actually bermaksud AWAK ORANG MANA?...

Mudahkan...

Wajib tahu perihal atasi keracunan. Terbaca di majalah iSIHAT... Di mana bantuan pertama yang boleh dilakukan kepada mereka yang kerac...



Wajib tahu perihal atasi keracunan. Terbaca di majalah iSIHAT... Di mana bantuan pertama yang boleh dilakukan kepada mereka yang keracunan adalah dengan memberikan PIL KARBON AKTIF atau ARANG AKTIF yang ada dijual di pasaran.

Actually, menurut apa yang aku baca lagi... ARANG AKTIF bersifat mampu menyerap apa saja yang berada di sekitarnya... Termasuklah RACUN. If tiada... Gantikan dengan SUSU...

Walaubagaimana pun, TIDAK SEMUA mangsa keracunan boleh diberi SUSU atau ARANG AKTIF... Terutamanya mangsa keracunan BENZIN DAN MINYAK TANAH... Pantang mengambil kedua-duanya kerana keadaan boleh menjadi semakin teruk. Huhu...

Kalau begitulah gayanya... Ada boleh dan ada yang tidak. Baik bawak terus mangsa keracunan pada yang pakar. Bab nyawa mana mungkin boleh try and error. Lainlah... Kalau kita sememangnya pernah mencubalah kan.

Apa-apa pun itu sekadar ilmu buat kita. Tak sangka... Susu pun boleh digunakan untuk mengatasi keracunan.