Resepi ikan bilis kering. Satu lagi resepi mudah sebenarnya nak buat, ingin aku kongsikan... Buat menambah koleksi resepi peribadiku d...

Sambal Ikan Bilis Kering Mudah Dan Sedap

/
0 Comments


Resepi ikan bilis kering. Satu lagi resepi mudah sebenarnya nak buat, ingin aku kongsikan... Buat menambah koleksi resepi peribadiku di sini. Hehehe... Nanti boleh tengok balik. 



BAHAN UNTUK SAMBAL BILIS KERING
Nak buat sambal ikan bilis kering, bahan yang diperlukan hanyalah...
  • 500gm ikan bilis yang telah dikopek
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 8 biji
  • Belacan
  • Cili kering
  • Air asam jawa
  • Sedikit kicap dan sos cili
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis dan
  • Kacang yang telah siap digoreng

CARA MEMBUAT SAMBAL IKAN BILIS KERING
Manakala... Cara untuk membuatnya pulak. First... goreng bawang sehingga naik bau. Masukkan cili kering, belacan, air asam jawa, sos, kicap dan gula. Bila dah nampak pekat. Masukkan kacang yang telah digoreng... Dan, last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Amat mudah kan. 

Sangat sedap dimakan bersama dengan nasi lemak. Tapi... Ratah pun sedap jugak... Sambil minum teh... Layan movie. Fuh! Memang sedapppp... Hehehe.

Done projek masak-memasak untuk hari ni selepas one week tak update blog ^_<.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: