Jus durian belanda... First time merasa. Rupanya... Sedap tak terkata. Serius! Tak tipu. Haha... Last week punya cerita, encik suami puasa... Then, order jus durian belanda di kedai makan depan sekolah dorang untuk berbuka.


Apalagi... Sampai rumah, hubby terus suruh aku merasa. Mula-mula... Malas nak try... Sebab tak berapa suka akan rasa buah durian belanda yang masam. Dek kerana tak nak hubby berkecil hati... Aku pun cubalah minum... Hurmmm, tak sangka memang meletopppp tip top rasanya. Serius... Nak-nak minum time cuaca panas. Sampai dua gelas aku habiskan. Siap suruh hubby beli lagiiii... Haha. Sabo jelah... Tu la, kalau tak cuba... Mana tahu sedap ke tidak.

Aku pernah terbaca tau daripada beberapa artikel... Di mana... Antara Khasiat jus durian belanda adalah membunuh cacing di dalam perut, merawat demam dan jugak cirit-birit. Malah... Terdapat banyak lagi khasiatnya yang lain... Termasuklah pada daunnya. So, apa salahnya mencuba walaupun tak berapa nak suka. Hehe...

Tak rugi mencuba ^_^. Lepas ni boleh minum jus durian belanda selalu... Kalau nak ratah buahnya macam tu je... Minta maaflah yer... Hehe, memang tak naklah jawabnya.