26 August 2015

Cinta Paling Agung



Cinta paling agung. Alhamdulillah... Berkesempatan jugak tengok walaupun bukannya di panggung. Selesai solat isyak semalam... Hubby terus on cd... Apalagi... Masa untuk tengok movie katanya.


Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu. Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin? Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?

Ternyata Khairi tidak menceraikan Amyza. Hurmmm... Tak silap, dulu macam pernah tengok satu drama tu... Jalan ceritanya lebih kurang sama. Tak silap Fiz Fairuz dan Siti Saleha sebagai pasangan suami isteri. Dan... Orang yang disukai oleh Fiz Fairuz pulak rakan kerjanya sendiri... Tak silap watak tu masa tu dipegang oleh Raja Ilya.

Hurmmm... Pada aku apa yang dapat aku simpulkan daripada cinta paling agung... Ceritanya biasa-biasa je. Maybe dek kerana pernah tengok drama yang hampir sama jalan ceritanya kot... Tu yang menjadikannya sedikit boring. Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment