27 August 2015

Cerita Di Kedai Membeli Ikan



Cerita di kedai membeli ikan. Topik utama aku dan encik suami sepanjang meronda kampung petang semalam. Entah... Tetiba cerita itu timbul bila terpandang budak lelaki lepak di simpang jalan sambil khusyuk bermain handphone.

Hubby kata... Last two weeks masa aku mintak tolong belikan ikan. Hubby terdengar beberapa orang kaum ibu berbual rancak... Semuanya bercerita pasal anak dara mereka yang malas membantu kerja-kerja di rumah... Yang mereka tahu... Main handphone dari pagi hingga ke petang. Bukan setakat petang... Malah sampai ke pagi balik. Time makan pun sempat berfb.

Huhu... Biasalah anak dara sekarang kan. Tapi tak semua gitu. Namun... Kalau dah setiap hari asyik mak je yang buat kerja rumah... Yang kita pulak duduk relax goyang kaki... Nak atau tidak... Sesekali kena jugak kena leter. Tu kalau yang suka berleter... Kalau yang suka membiarkan pulak... Nasiblah. Anak naik kepala. Terpaksalah hadap anak yang membiarkan emaknya membuat semua kerja rumah. Na'uzubillah...

Pada akulah kan... Sebagai anak... Janganlah gitu. Kesian dorang. Dari lahirkan kita, sampailah membesarkan kita... Lansung tak pernah mengeluh. Bila dah boleh berdikari... Kenapa tidak kita pulak berbakti pada dorang. Tolong apa yang patut di rumah. Bukannya asyik hadap handphone duapuluhempat jam. Hurmmm... Wallahu'alam ^_^.

1 comment:

  1. sy sejak ada anak memang selalu berleter. berleter untuk kebaikan. tapi alhamdulillah, anak 2 tahun dah pandai lipat kain baju sikit2, suruh kemas mainan pun kemas. hihihi :D

    ReplyDelete