Back to Top

30 August 2015

Free Gift Susu Dumex Dugro Terbaru

1:39:00 AM 2 Comments


Free gift susu dumex dugro terbaru... Tupperware yang sangat menarik. Masa dapat gaji haritu... Seperti biasa, hubby shopping barang keperluan Alia dan Ain untuk sebulan... Dan paling banyak dia beli 4 bungkus susu dumex dugro kepunyaan Alia. Yelah... Sejak umur dua tahun until now... Susu Alia tak pernah berubah lagi... Cuma langkah susu je yang berubah.


Walaupun berubah langkah... Free gift dia tetap ada. Actually... Beli 2 bungkus susu 900gram baru dapat. Kalau beli sebungkus memang takde. Kali ni punya free gift, hubby berminat nak guna untuk bawak bekal ke sekolah katanya. Takpelah... Lagipun Alia tak start ke sekolah lagi, so tupperware tersebut still tak diperlukan lagi... So, banyak masa lagi untuk kumpul free gift susu dumex dugro. Tu pun... Kalau Alia still berminat nak minum susu until umur 6 tahun lah kan. Haha...

Harap-haraplah sampai umur 6 tahun dia still nak menyusu.

27 August 2015

Cerita Di Kedai Membeli Ikan

10:49:00 PM 1 Comments


Cerita di kedai membeli ikan. Topik utama aku dan encik suami sepanjang meronda kampung petang semalam. Entah... Tetiba cerita itu timbul bila terpandang budak lelaki lepak di simpang jalan sambil khusyuk bermain handphone.

Hubby kata... Last two weeks masa aku mintak tolong belikan ikan. Hubby terdengar beberapa orang kaum ibu berbual rancak... Semuanya bercerita pasal anak dara mereka yang malas membantu kerja-kerja di rumah... Yang mereka tahu... Main handphone dari pagi hingga ke petang. Bukan setakat petang... Malah sampai ke pagi balik. Time makan pun sempat berfb.

Huhu... Biasalah anak dara sekarang kan. Tapi tak semua gitu. Namun... Kalau dah setiap hari asyik mak je yang buat kerja rumah... Yang kita pulak duduk relax goyang kaki... Nak atau tidak... Sesekali kena jugak kena leter. Tu kalau yang suka berleter... Kalau yang suka membiarkan pulak... Nasiblah. Anak naik kepala. Terpaksalah hadap anak yang membiarkan emaknya membuat semua kerja rumah. Na'uzubillah...

Pada akulah kan... Sebagai anak... Janganlah gitu. Kesian dorang. Dari lahirkan kita, sampailah membesarkan kita... Lansung tak pernah mengeluh. Bila dah boleh berdikari... Kenapa tidak kita pulak berbakti pada dorang. Tolong apa yang patut di rumah. Bukannya asyik hadap handphone duapuluhempat jam. Hurmmm... Wallahu'alam ^_^.

26 August 2015

Cinta Paling Agung

10:34:00 PM 0 Comments


Cinta paling agung. Alhamdulillah... Berkesempatan jugak tengok walaupun bukannya di panggung. Selesai solat isyak semalam... Hubby terus on cd... Apalagi... Masa untuk tengok movie katanya.


Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu. Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin? Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?

Ternyata Khairi tidak menceraikan Amyza. Hurmmm... Tak silap, dulu macam pernah tengok satu drama tu... Jalan ceritanya lebih kurang sama. Tak silap Fiz Fairuz dan Siti Saleha sebagai pasangan suami isteri. Dan... Orang yang disukai oleh Fiz Fairuz pulak rakan kerjanya sendiri... Tak silap watak tu masa tu dipegang oleh Raja Ilya.

Hurmmm... Pada aku apa yang dapat aku simpulkan daripada cinta paling agung... Ceritanya biasa-biasa je. Maybe dek kerana pernah tengok drama yang hampir sama jalan ceritanya kot... Tu yang menjadikannya sedikit boring. Wallahu'alam...

Duduk Tanpa Disokong

4:00:00 PM 2 Comments


Duduk tanpa disokong. Alhamdulillah... Flow perkembangan Nur Ain tak pernah tertinggal di mata aku. Setiap hari... Setiap skill baru yang dia tunjukkan, pastinya aku akan catat buat kenangan. Duatiga minggu di fasa menjangkau usia 8 bulan... Akhirnya Ain dah mampu duduk sendiri tanpa disokong.


Now... Bila dah reti duduk... Mulalah heret punggung untuk meneroka alam. Apalagi... Motor halus tangan dia pun bergerak selari mengutip benda-benda halus. Sesekali... Ada pulak adegan genggam dan tutup tangan... Ain tunjukkan. Skill baru kot... Untuk berlatih memegang. Hehe... Comel sungguh.

Bila dalam walker pulak... Sebulan sebelum ni. Tak reti nak berdiri. Sekarang ni... Kemain. Siap nak capai benda di atas meja ruang tamu dah. Huhu... Kena berjaga-jaga dibuatnya.

Kisah Checkup Alia Dan Ain

12:00:00 PM 0 Comments


Kisah checkup Alia dan Nur Ain haruslah dicatat. Actually, 19 Ogos... Genaplah Nur Ain 8 bulan, dan sehari sebelumnya si kakak Alia pulak genap 3 tahun 6 bulan. Even dah 3 tahun 6 bulan umurnya. Tapi... Bila tiap kali orang tanya umur berapa tahun... Alia still jawab 3 tahun. Haha... Apalah kakak...

Pasal checkup 19 Ogos... Alhamdulillah, perkembangan berat dan ketinggian dorang berdua normal dan tiada sebarang masalah. Cumanya... Nurse tanya Nur Ain demam ke... Maybe dia tengok muka Nur Ain berbintik merah. Aku cakaplah yang Nur Ain baru baik dari demam... So, dia bekalkan lagi syrup paracetamol untuk Nur Ain dan 2 biji ubat cacing untuk Alia.

Dan... Malamnya, Alia tak habis-habis mintak ubat cacing selagi kami tak bagi. Alia kalau part ubat memang raja. Memang suka makan ubat sejak kecik. Anak ayah sungguh. Ayah dia... Pantang sakit sikit. Terus ke klinik dan makan ubat. Tak macam aku... Memang liat bab-bab ubat... Kecuali dah tak tahan baru terhegeh-hegeh nak makan ubat. Macam tu jugak Nur Ain. Bagi ubat, confirm... Daripada satu sudu... Aku rasa 1/4 je kot masuk mulut... Yang selebihnya, semuanya dia muntahkan. Sabar jelah.

Lempeng Nyiur

8:30:00 AM 1 Comments


Lempeng Nyiur. Fuh! Bila keinginan nak makan tu datang... Masa tu jugak aku buatkan. Lama dah tak merasa lempeng kelapa. Tak silap... Zaman sekolah rendah je dulu selalu makan arwah nenek buatkan.


Teringat pulak zaman susah dulu. Bila terkenang... Boleh nangis dibuatnya. Bila dah hujung bulan... Allah, tiada duit buat bekal ke sekolah... Lempeng jugak jadi juadah buat minum pagi before ke sekolah. Tapi kan... Walaupun sesusah mana pun masa tu... Tiada lansung istilah tak nak ke sekolah kan. Still bersemangat kan... Ke sekolah ^_^.

Nak buat lempeng gaya aku ni... Teramatlah mudah. Semudah ABC. Just guna 4 bahan je. Kelapa... Air, Tepung, sedikit garam dan sedikit minyak. Gaulkan tepung, kelapa parut, sedikit garam dan air. Then... Goreng menggunakan sedikit minyak. Di area aku... Gelaran lain buat lempeng adalah 'bikang'. Haha...

Alhamdulillah... Lama tak makan. Lagi... Cicah dengan sos cili. Licin woo pinggan. Pekena pulak dengan teh o kosong. Memang kena. Perghhhh...Hehe... Menu simple pun boleh mengenyangkan. Alhamdulillah... Settle pulak cerita menu breakfast pagi ni.

19 August 2015

Drama Akasia TV3 Terbaru Gantikan Syurga Nur

5:24:00 PM 1 Comments


Drama terbaharu arahan Raja Ahmad Alauddin berjudul 'Mencintaimu' akan mengisi slot Akasia TV3 menggantikan Syurga Nur yang telah berakhir dengan episod terakhir petang semalam. Seperti dah dijangka... Syurga Nur pasti berakhir dengan kegembiraan.


Bercakap pasal drama terbaru gantikan Syurga Nur, Pelakon utama untuk drama ini ialah gandingan Sharnaaz Ahmad dan pelakon kacukan Melayu-Australia iaitu Zahirah Macwilson. Zahirah Macwilson merupakan anak kepada bekas pelakon dan penyampai TV3, Zainol Johari Macwilson. Turut dibintangi oleh Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Aleza Shadan dan ramai lagi.

WATAK PELAKON DALAM MENCINTAIMU
Sharnaaz Ahmad sebagai Watak Hisyam
Zahirah Macwilson sebagai Watak Anissa Zali
Sasqia Dahuri sebagai Watak Aimi
Sarah Anne sebagai Watak Tengku Asyikin
Niezam Zaidi sebagai Watak Helmi Yusof
Hafizul Kamal sebagai Watak Firdaus
Fikhree Bakar sebagai Watak En Muaz
Aleza Shadan sebagai Watak Datin Aida
Musthapa Kamal sebagai Watak Dato Hanafi
Nina Juren sebagai Watak Puan Sri Mel
Afzan A.Rahman sebagai Watak Dr Akmal
Ruzana Ibrahim sebagai Watak Amelia

SINOPSIS DRAMA MENCINTAIMU, SLOT AKASIA TERBARU TV3
Drama mencintaimu mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja bila mendapat peluang untuk menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan. Sebelum ini Annisa telah bekerja selama dua tahun untuk menampung berbelanjaan pengajian dan keluarganya.

Ketika sesi suai kenal di universiti, Anissa mula tertarik pada seorang pelajar lelaki yang bernama Hisham Dato Hanafi. Hisham dan sahabat baiknya Helmi selalu membuli Anissa. Suatu hari Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk membawa Anissa keluar. Tetapi pelawaan Hisham ditolak Anissa.

Akibat dari insiden itu Hisham cuba menyiasat latar belakang keluarga Anissa. Dia mendapat tahu bahawa ibu Anissa sebenarnya adalah pembantu rumahnya. Selepas itu Hisham mula merendah-rendahkan Annisa. Mereka kerapkali bergaduh. Tetapi dalam diam bermulanya bibit-bibit cinta.

Suatu hari Helmi merancang untuk mengenakan Annisa. Perancangan jahat itu telah menyebabkan Annisa dirogol oleh Hisham. Selepas tragedi hitam itu, kehidupan Annisa berubah setelah dia dibuang dari universiti.

Beberapa tahun berlalu, Annisa telah berubah penampilannya. Dia kini bekerja di syarikat keluarga Hisham. Annisa dan Hisham berdepan dengan pelbagai rintangan tetapi akhirnya mereka bersatu juga dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad.

Muncul pula Asyikin yang sentiasa mengeruhkan perhubungan mereka. Asyikin adalah tunang Hisham sejak mereka kecil lagi.

Apa akan terjadi kepada perhubungan Annisa dan Hisyam? - Sumber infotaip

16 August 2015

Cara Tanam Kangkung Paling Mudah

3:12:00 PM 3 Comments


Cara tanam kangkung paling mudah dan senang. Actually, aku tertarik dengan kaedah penanaman kangkung yang kawan encik suami kongsikan di WhatsApp semalam. Tersangatlah mudah. Aku percaya... Pada penggemar kangkung, sudah pastinya tercari-cari akan kaedah yang paling mudah untuk menanam sayur kangkung sendiri di rumah.




Sumber gambar dari whatsapp

CARA MUDAH MENANAM KANGKUNG
Caranya... Hanyalah dengan menabur biji kangkung di dalam bakul yang berlubang dan kemudian direndam di dalam bekas berisi air. Then, Tunggulah hasilnya untuk dituai. Amatlah mudah Jan ^_^. Walaupun... Kangkung antara sayur termurah... Bila kita mampu tanam sendiri... Boleh jimat belanja dapur. Betul tak?


13 August 2015

Jus Durian Belanda

5:00:00 PM 1 Comments


Jus durian belanda... First time merasa. Rupanya... Sedap tak terkata. Serius! Tak tipu. Haha... Last week punya cerita, encik suami puasa... Then, order jus durian belanda di kedai makan depan sekolah dorang untuk berbuka.


Apalagi... Sampai rumah, hubby terus suruh aku merasa. Mula-mula... Malas nak try... Sebab tak berapa suka akan rasa buah durian belanda yang masam. Dek kerana tak nak hubby berkecil hati... Aku pun cubalah minum... Hurmmm, tak sangka memang meletopppp tip top rasanya. Serius... Nak-nak minum time cuaca panas. Sampai dua gelas aku habiskan. Siap suruh hubby beli lagiiii... Haha. Sabo jelah... Tu la, kalau tak cuba... Mana tahu sedap ke tidak.

Aku pernah terbaca tau daripada beberapa artikel... Di mana... Antara Khasiat jus durian belanda adalah membunuh cacing di dalam perut, merawat demam dan jugak cirit-birit. Malah... Terdapat banyak lagi khasiatnya yang lain... Termasuklah pada daunnya. So, apa salahnya mencuba walaupun tak berapa nak suka. Hehe...

Tak rugi mencuba ^_^. Lepas ni boleh minum jus durian belanda selalu... Kalau nak ratah buahnya macam tu je... Minta maaflah yer... Hehe, memang tak naklah jawabnya.

09 August 2015

Pada Usia Bilakah Bayi Pandai Duduk?

2:26:00 PM 0 Comments


Pada Usia bilakah bayi mulai pandai duduk? Antara persoalan yang pasti terdetik di otak kita. Namun, pada aku... Setiap perkembangan anak pastinya berbeza. So, tiada waktu yang tepat untuk menunjukkan, bila sepatutnya bayi boleh duduk.

Walaubagaimana pun... Berdasarkan pembacaan... Rata-rata, bayi mulai duduk pada usia enam hingga ke lapan bulan.

Alhamdulillah... Kalau Ain, sekarang dalam usia 7 bulan beberapa hari... Ain dah mulai duduk sendiri... Walaupun, kekadang ada ketikanya... Nur Ain tersungkur ke lantai. Walaupun begitu, Ain still cool... Sambil tangan turut ligat mencapai benda di sekelilingnya... Terutama alat mainan.



Memandangkan Ain dah boleh duduk dan sokong badannya. Walaupun, ada yang kata walker tak elok untuk bayi. Tapi... Masa makan, aku gunakan jugak walker kepada Ain... lebih-lebih lagi sekarang ni... Ain dah tak nak dibaringkan. Memang payah untuk disuapkan. Lepas tu... Time bagi makan buah pulak. Amboi... Kemain, nak jugak pegang sendiri. Alahai anak. Sekejapnya masa berlalu... Macam tak percaya yang umur Ain dah pun 7 bulan.

08 August 2015

Sambal Ikan Bilis Kering Mudah Dan Sedap

10:11:00 PM 0 Comments


Resepi ikan bilis kering. Satu lagi resepi mudah sebenarnya nak buat, ingin aku kongsikan... Buat menambah koleksi resepi peribadiku di sini. Hehehe... Nanti boleh tengok balik. 



BAHAN UNTUK SAMBAL BILIS KERING
Nak buat sambal ikan bilis kering, bahan yang diperlukan hanyalah...
  • 500gm ikan bilis yang telah dikopek
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 8 biji
  • Belacan
  • Cili kering
  • Air asam jawa
  • Sedikit kicap dan sos cili
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis dan
  • Kacang yang telah siap digoreng

CARA MEMBUAT SAMBAL IKAN BILIS KERING
Manakala... Cara untuk membuatnya pulak. First... goreng bawang sehingga naik bau. Masukkan cili kering, belacan, air asam jawa, sos, kicap dan gula. Bila dah nampak pekat. Masukkan kacang yang telah digoreng... Dan, last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Amat mudah kan. 

Sangat sedap dimakan bersama dengan nasi lemak. Tapi... Ratah pun sedap jugak... Sambil minum teh... Layan movie. Fuh! Memang sedapppp... Hehehe.

Done projek masak-memasak untuk hari ni selepas one week tak update blog ^_<.

01 August 2015

Harga Minyak Turun Bermula 1 Ogos 2015

1:38:00 PM 0 Comments


Minyak turun 10 sen berkuat kuasa tengah malam tadi iaitu bermula 1 Ogos 2015. Hal tersebut menjadikan harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter dan diesel RM1.95 seliter.


Alhamdulillah... Walaupun tak banyak turun... At least harga minyak turun... Mula-mula semalam risau jugak... Ada yang post dalam group whatsApp kata harga minyak naik 45sen. Tapi... Kalau dah naik sebanyak tu sekali pun... Terpaksa jugak terima hakikatnya right.

Dan... Pagi ni terbaca di Utusan Sarawak... Berita yang betul adalah turun sepuluhsen. Alhamdulillah... Sebab tu aku selalu kata pada kat encik suami... Jangan percaya bulat-bulat info yang orang viralkan. Kena tengok dulu sumber dan kebenarannya... Baru boleh percaya. Jangan tangkap muat je.

*Alhamdulillah... 1 Ogos 1 cpuv Nuffnang bagi berkaitan iklan Sloane Clinic Workshop. Terima kasih Nuffnang