Back to Top

08 July 2015

Umai Ikan Pirang Masin



Umai ikan pirang masin memang amat sinonim dengan masyarakat Sarawak... Lebih-lebih lagi bagi kaum Melanau. Ayah aku actually orang Melanau... Tapi, sayang... Aku tak reti bercakap dalam bahasa Melanau. Rugi kan... Part bahasa je. Part makan... Tak payah cakap... Tolak kayu dengan batu je. Hehe...

Sumber dari google image

Nak buat umai ikan pirang mentah pun boleh sebenarnya. Tapi... Sekarang banyak sangat dah inovasi right... Jadinya, wujudlah pulak resepi umai ikan pirang masin. Lagi sedap dari yang mentah tau... Tapi... Itu just pendapat aku. 



CARA MEMBUAT UMAI IKAN PIRANG MASIN
Alhamdulillah, masa berbuka tadi... Mak sempat buat umai ikan pirang masin. Tiba-tiba mak offer diri untuk memasak juadah berbuka. Katanya... Sian, tengok aku baru je habis menyiapkan semperit susu. Jadinya... Aku ambik peluang yang ada untuk snap gambar... Then, kongsikan resepi di sini... Sambil tu... Bolehlah tambah koleksi resepi. Nanti senang nak rujuk... Nak-nak bila teringin nak makan. Betul tak? 

Nak buat umai ikan pirang masin... Bahan yang perlu ada... Adalah seperti berikut:-
  • 6 ekor pirang masin yang telah digunting halus
  • 2 biji limau nipis yang telah diperah dan diambil airnya
  • Halia sebesar ibu jari dilayang halua
  • 3 biji bawang putih dihiris halus
  • 2 biji cili merah dihiris halus dan
  • Sedikit ajinomoto
Cara membuatnya... Just gorengkan ikan hingga garing. Then biarkan. Goreng pulak halia dan bawang putih hingga naik bau. Selepas tu... Gaulkan dengan ikan, air perahan limau, bawang putih dan halia yang telah digoreng. Akhir sekali masukan sedikit ajinomoto. Dah siap!

Sangat sedap dimakan dengan nasi yang panas. Marvelous tau ^_<. Alhamdulillah... Rezeki berbuka harini.

3 comments: