Terung masak bersambal... Antara menu kesukaan aku. So, apalagi... Bila teringin nak makan... Dah siap masak... Kenalah snap gambar dulu...

Terung Bersambal Mudah Dan Sedap

/
0 Comments


Terung masak bersambal... Antara menu kesukaan aku. So, apalagi... Bila teringin nak makan... Dah siap masak... Kenalah snap gambar dulu... Buat modal untuk tambah entri resepi di blog. Hehe...


Nak buat sambal terung amatlah mudah. Bahan-bahan yang diperlukan pun sedikit. 5 biji terung, segenggam ikan bilis, 4 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, cili ikut kepedasan individu, belacan sebesar ibu jari... If suka rasa belacan boleh tambah lagi, sos cili, sos tiram, sedikit kicap dan minyak untuk menumis.

Cara membuatnya pulak. First kena tumbuk bawang dan cili sehingga lumat. Then, masukkan ikan bilis dan belacan. Tumiskan. Dah naik bau... Masukkan terung dan sos cili, sos tiram dan kicap. Bila terung dah bertukar warna... Terus angkat. Tapi bergantung pada oranglah... Jenis aku... Tak suka sangat makan sayur terung lembik sangat. Hehe...

Sangat mudahkan nak buat sambal terung. Alhamdulillah... Semua suka makan time dinner semalam.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: