Semperit susu sukatan cawan yang sedap haruslah dikongsi untuk menambah koleksi resepi di sini. Nanti boleh rujuk balik bila nak buat ...

Semperit Susu Sukatan Cawan Yang Sedap

/
2 Comments


Semperit susu sukatan cawan yang sedap haruslah dikongsi untuk menambah koleksi resepi di sini. Nanti boleh rujuk balik bila nak buat semula ^_<.

Alhamdulillah, siap jugak persiapan raya kudapan kedua dengan tema biskut semperit susu yang paling popular semestinya biskut kesukaan ramai... Selepas siapnya sebalang besar dahfa seaweed.



CARA MEMBUAT SEMPERIT SUSU SUKATAN CAWAN
Untuk membuat semperit susu mudah dan sedap. Bahan pun sikit dan hanya perlukan cawan sebagai sukatan. Antaranya ialah:-
  • 2 1/4 Cawan Tepung jagung
  • Buah ceri untuk hiasan
  • 1/2 Cawan Susu Pekat dan
  • 1/2 Cawan Butter
Cara menyediakannya pulak... Campurkan susu dan butter dan gaul sehingga sebati. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi doh lembut. Biarkan setengah jam dan buat menggunakan acuan. Kemudian... Hiaskan di atasnya menggunakan buah ceri dan bakar dalam oven selama 15 hingga 20 minit dengan 160°.

Alhamdulillah... Dengan harga buttercup RM5.80, ceri sebungkus RM1.00, susu pekat jenama dairy champ beharga RM2.90 dan sebungkus tepung jagung RM1.60... Dapatlah 150 biji biskut semperit susu. Kalau jual 100 biji RM12... Aku rasa 2 kali ganda untungnya. Sebab... Bahan baru separuh aku gunakan. Haha...

Baik buat sendiri. Puas hati... Suami dan anak-anak pun merasa air tangan sendiri. Ye tak? 



ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. memang sedap peberet seisi keluarga..munintak buat lg fiza.malas betui.en suami demand 3 adunan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza tetiba teringin nak makan semperit susu... Tu yang terus buat. Hehe...

      Delete