Resepi tart gulung nenas susu , kudapan seterusnya dari aku. Semalam punya projek... Sudahnya satu hari blog tak ber'update. Hehe....

Resepi Tart Gulung Nenas Susu

/
1 Comments


Resepi tart gulung nenas susu, kudapan seterusnya dari aku. Semalam punya projek... Sudahnya satu hari blog tak ber'update. Hehe.

Resepi tart nenas kali ni aku ubah sikit. Gula castor aku tukar dengan susu pekat. Alhamdulillah... Lagi sedap dari yang biasa aku buat. Buttercup pun aku tukar... Guna planta je. 



CARA MEMBUAT TART GULUNG NENAS SUSU SUKATAN CAWAN
Sebelum terlupa... Resepi biskut tart nenas kali ni kena jugak tempek di blog. Nanti nak buat balik... Bolehlah rujuk. Antara bahan yang diperlukan:-
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan planta
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Jem nenas untuk inti dan
  • sebiji kuning telur untuk dioles atas tart
Cara membuatnya pulak... Uli 2 cawan tepung jagung, 1/2 cawan susu, 1 cawan planta dan 1/2 cawan tepung gandum menjadi doh lembut yang dikehendaki. If masih lembut... Boleh tambah sedikit lagi tepung jagung. Then... Acuankan mengikut kesukaan masing-masing. Tapi... Aku tetap suka versi gulung. Hehe... Last sekali. Dah siap diacuankan dan sebelum dibakar. Oleskan di atas tart dengan kuning telur. Kemudian... Bakar dengan suhu 180° selama 10 hingga 15 minit.

Selamat mencuba ^_<. Hari ni punya projek pulak... Kononnya nak buat biskut kacang kesukaan ramai. 



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Tengok tajuk ingatkan guna susu tepung. Rupanya susu pekat. Tak pernah lagi cuba. Kalau guna butter, ok ke letak susu ?

    ReplyDelete