Back to Top

09 July 2015

Resepi Biskut Quaker Oat Susu



Biskut Quaker oat susu, satu lagi projek persiapan raya berjalan lancar selepas projek membuat semperit susu semalam. Bila Alia sampai enamtujuhlapan kali mintak biskut quaker oat susu. Bermakna... Resepinya haruslah dicatat even ada sedikit penderhakaan dalam membuat. Hehe...



CARA MEMBUAT QUAKER OAT SUSU SUKATAN CAWAN
Dipendekkan cerita. Nak buat quaker oat susu. Bahan-bahan yang perlu ada, adalah seperti berikut:-
  • 1/2 cawan quaker oat
  • 1 cawan butter
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan tepung jagung
  • Rice berwarna-warni
  • kuning telur dan garpu untuk deko
Cara membuat quaker oat susu amatlah mudah. First step, gaulkan tepung dengan susu dan butter. Bila doh agak lembut... Bolehlah diacuankan dengan garpu dan dioles dengan kuning telur supaya rice berwarna-warni melekat. Lepas tu bolehlah dibakar dengan 160° selama 10-15 minit. Mudahkan.

Selamat mencuba ^_<.

1 comment:

  1. senang sgt biskut ni..tp tak sempat dah nak buat fiza..tahun depan boleh cuba hehe

    ReplyDelete