Resepi berbuka bubur kapur turun-temurun haruslah ditempek di blog, buat menambah bilangan koleksi resepi. Hehe... Nanti nak buat send...

Resepi Berbuka Bubur Kapur

/
0 Comments


Resepi berbuka bubur kapur turun-temurun haruslah ditempek di blog, buat menambah bilangan koleksi resepi. Hehe... Nanti nak buat sendiri... Bolehlah rujuk.

Cepat atau lambat... Setiap kali ramadhan tiba. Mak pasti buatkan bubur kapur kegemaran anak-anak. Nak buat... Bukannya susah. Cuma rajin atau tak je... Sebabnya, bahan pun sikit.



BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BUBUR KAPUR
Actually, untuk membuat bubur kapur... Berikut adalah antara bahan-bahan yang perlu ada:-
  • 1 Gelas tepung beras. Takde tepung boleh buat sendiri. Cuci segelas beras dan rendam selama beberapa jam. Then, blend.
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit garam
  • Air secukupnya untuk membancuh tepung
  • 500ml santan
  • 70gram gula apong/gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 50gram gula pasir

CARA-CARA MEMBUAT BUBUR KAPUR
Manakala, untuk membuat bubur kapur... Berikut adalah langkah demi langkah yang perlu diikuti:-
  • Campurkan semua bahan dan adun sebati sehingga menjadi doh (jgn terlalu lembut dan keras, agak2 boleh untuk ditekan di atas senduk/acuan maruku).
  • Didihkan air di dalam periuk.
  • Masukkan bancuhan tepung di atas senduk berlubang/acuan maruku dan tekankan ke dalam air yang telah mendidih tadi.
  • Apabila siap dan masak, angkat dan basuh serta toskan bubur tersebut.
  • Masak santan bersama gula apong dan gula pasir serta daun pandan hingga mendidih.
  • Masukkan bubur tepung beras. Kacau dan angkat.
Bila dah siap dan sejuk. Tips supaya bubur kapur sedap... Kenalah letak ais batu di dalam bubur kapur. Barulah teserlah kelazatannya. Lemak-lemak manis gitu. Nyum! ^_<.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: