Resepi apam pisang coklat rices  haruslah dikongsikan di blog. Nanti, bila nak repeat buat... Bolehlah rujuk.  Dua hari lepas, sau...

Resepi Apam Pisang Coklat Rices

/
1 Comments


Resepi apam pisang coklat rices haruslah dikongsikan di blog. Nanti, bila nak repeat buat... Bolehlah rujuk. 

Dua hari lepas, saudara belah arwah nenek... Pak usu Hj. Tawni sedekahkan pisang embun. Then, Semalam... Aku tengok masih berbaki di ceruk dapur. Check pulak tepung, marjerin dan gula. Yes! Semua ada termasuklah coklat rice... Baki untuk buat coconut shake special haritu... Rajin pulak datang. Apalagi... Bermulalah projek membaking jam 3 petang.


BAHAN-BAHAN APAM PISANG SUKATAN GELAS
Nak buat apam pisang coklat rices gaya aku. Just guna gelas je untuk sukat dan bahan-bahannya adalah seperti berikut:-
  • 4 biji telur
  • 1 gelas minyak
  • 1 gelas gula
  • 1 1/2 gelas tepung gandum
  • 3 biji pisang embun
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar serbuk penaik dan
  • Coklat rices untuk hiasan
First, bland telur dan gula sehingga kembang. Masukkan minyak. Masukkan pisang. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah digaulkan dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Bila dah sebati... Masukkan dalam acuan dan taburkan coklat rices di atasnya. Oh! Ya... Acuan pulak, jangan lupa disapukan minyak atau marjerin... Tujuannya supaya apam pisang tak melekat pada acuan.

Dek kerana malas nak guna oven besar kepunyaan emak. Aku bakar je apam pisang dengan cara lama. Sedap apa, kerak apam pisang yang dibakar atas dapur. 

Alhamdulillah... Sempat jugak makan masa berbuka semalam. Lepas tu... Sambung lagi makan time tengok drama M.A.I.D. Walaupun sedikit keras. Maybe ada yang silapnya kot walaupun aku ambik resepinya dari internet... Yang penting still boleh dimakan.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Masa puasa ni semua nampak sedap..mesti rasa nak buat..huhu..mesti best nikan..thanks kongsi resepi..leh pinjam

    ReplyDelete