E-Munakahat dan jiran nak kawin . Pagi tadi punya cerita... Sedang aku dan emak duduk bersembang di dapur. Tetiba jiran sebelah panggi...

E-Munakahat Dan Jiran Nak Kawin

/
2 Comments


E-Munakahat dan jiran nak kawin. Pagi tadi punya cerita... Sedang aku dan emak duduk bersembang di dapur. Tetiba jiran sebelah panggil mintak tolong online dan dok sebut pasal email. Tunjuk pulak perkataan e-munakahat yang tertulis pada sekeping kertas... Email e-munakahat katanya. Oit! Setahu akulah... Kalau dah e di depan mesti menunjukkan laman web.

Sumber dari emunakahat Sarawak

Begitulah... Tak semua orang kampung celik IT ok. Ceritanya... 3 hari lepas dorang pegi pejabat agama Islam di Betong untuk mintak borang yang diperlukan untuk berkahwin... Dan katanya lagi... Staff kat situ suruh rujuk e-munakahat.

Kita yang tak berada di lokasi kejadian tak bolehlah nak kata apa. Tapi kan... As a penjawat awam yang banyak berurusan dengan orang awam... Kena peka dengan jenis-jenis manusia. Tak semua orang tahu menggunakan teknologi. Even... Mungkin silap dorang jugak... Tak bertanya dengan detail mengenai keperluan dokumen untuk berkahwin. Nasib baik ada jiran yang boleh tolong. If jiran pun tak reti pasal internet jugak. Bagaimana?

Nasib baik Ain dan Alia still tidur. Bolehlah aku terangkan satu per satu kat jiran pasal dokumen yang nak kena bawak masa akad nikah. Alhamdulillah... Dapat jugak selesaikan masalah jiran. Dunia... Dunia... Macam-macam hal.



ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. tidak semua orang celit IT, itu memang betul....

    ReplyDelete
  2. wah nak kawen Sekarang pun online je ye..memang zaman dah canggih

    ReplyDelete