Cara memberi makanan kepada bayi , satu lagi entri berkisar tentang penjagaan bayi ingin aku kongsikan sebagai menambah koleksi di sin...

Cara Memberi Makanan Kepada Bayi

/
0 Comments


Cara memberi makanan kepada bayi, satu lagi entri berkisar tentang penjagaan bayi ingin aku kongsikan sebagai menambah koleksi di sini.


Alhamdulillah... Sejak Alia lahir sehinggalah hadirnya Ain. Aku menggunakan kaedah yang sama untuk memperkenalkan makanan kepada bayi berumur 6 bulan ke atas. Walaupun dalam kad pink Ain tercatatnya panduan pemberian makanan kepada bayi. Namun... Aku jugak banyak mencari maklumat di internet sebagai panduan if logiklah... Ok.

Ain pun dah nak masuk 7 bulan dah sekarang. Dah 3 minggu lebih dah start makan makanan pejal. Kalau Ain haritu. Genap 6 bulan... Bermula dengan breakfast. Aku perkenalkan 2 sudu pisang yang dilecekkan kepada Ain. Alhamdulillah... Ain on je bila masuk mulut. Then... Aku guna konsep 4 hari berturut-turut, perkenalkan pisang kepada Ain. So far... Selesai 4 hari... Ain nampaknya lulus makan pisang tanpa sebarang alahan. Dalam masa 4 hari tu... Aku start dengan breakfast je dulu. 

Al-maklumlah... Perut bayi bukannya besar sangat. Lagipun 6 bulan hanya minum susu badan. Tak naklah perut terkejut terus terima makanan right.

Lepas 4 hari. Aku tambah lagi 2 sudu makanan dengan memperkenalkan makanan waktu lunch pulak. Iaitu... Bubur nasi + brokoli + ayam tanpa perasa. Dikisar dan bagi kat Ain sebanyak dua sudu. Alhamdulillah... Ain takde alahan jugak dengan lunch yang aku perkenalkan. Dan... Begitulah seterusnya sampailah sekarang. Air kosong pulak... Baru seminggu ni aku bagi kat Ain. Lambat pun takpe. Hehe...

Hakikatnya... Pada aku... Untuk perkenalkan makanan pada bayi... Janganlah terlalu tergopoh-gapah bagi terus dalam kuantiti yang banyak. Sian bayi... Terkejut beruk perut dia nanti kan...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: