Resepi biskut tembikai. Bila first time membuat dan menjadi. Apalagi... Resepinya haruslah diletakkan di blog. Andai kata, satu hari nan...

Biskut Tembikai

/
1 Comments


Resepi biskut tembikai. Bila first time membuat dan menjadi. Apalagi... Resepinya haruslah diletakkan di blog. Andai kata, satu hari nanti nak ulang membuat resepi yang sama. Just search di blog sendiri. Senang cerita. Hehe... Habis buat tart gulung nenas... Projek diteruskan dengan membuat biskut tembikai.



CARA MEMBUAT RESEPI BISKUT TEMBIKAI SUSU SUKATAN CAWAN
Bahan yang diperlukan untuk membuat biskut tembikai adalah seperti berikut:-
  • 4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan buttercup
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • selasih
  • perisa strawberi, vanilla dan pandan
  • sebiji telur
  • pewarna merah dan hijau
Cara membuat pulak. First... Kacau telur dengan buttercup. Then, masukkan tepung dan susu. Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian perisa vanilla tanpa warna. 1 bahagian perisa pandan bewarna hijau dan 1 bahagian perisa strawberi bewarna merah dan diletakkan selasih. Last sekali... Lapiskan dan buat seperti roll dan potong. Senangkan.

Alhamdulillah... Kemain suka Alia makan.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. wahhh..menjadi biskut tembikai ya Fiza.. nampak sedap tu...sy ni main tunjuk je..yg buat popia nestum ja..hehe..
    salam lebaran ya buat fiza & family.. kosong2.. :)

    ReplyDelete