Assalamu'alaikum
Viral video bayi ditinggalkan dalam kereta antara tajuk utama disiarkan di berita tv3 semalam. Alhamdulillah... Sempat jugak tengok sambil lipat kain.


Sumber dari google 

Menurut berita,  bayi tersebut ditinggalkan dalam kereta ibunya yang berkunci dan enjinnya dimatikan dek kerana terlupa disebabkan tergesa-gesa atas urusan penting.


Sumber dari google

Namun, menurut sumber lain... Blog terbakor.com video tersebut telah dimuatnaik oleh pengguna facebook bernama Tuan Nor Azlim yang juga merupakan salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian. Menurut beliau... Bayi tersebut terkunci (auto lock) dalam kereta dan bukan sebab ditinggalkan ibunya.

Nasib baik, terdapat masyarakat yang prihatin sehingga sanggup pecahkan kereta ibu tersebut demi menyelamatkan bayi di dalamnya. Cuba bayangkan kalau takde sorang insan pun yang tahu. Apakah yang terjadi pada bayi tersebut. Tak sanggup aku nak bayangkan... 

Ingat tak dengan satu kejadian suatu ketika dulu. Kes yang sama. Kanak-kanak berusia 3 tahun terperangkap di dalam kereta ibunya yang merupakan seorang guru yang bergegas untuk menghadiri mesyuarat meninggalkan anak yang sedang tidur di kerusi belakang... Selang beberapa jam baru diketahui. Namun, malang tak berbau... Allah lebih menyayanginya. Akhirnya kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia.

Dua situasi yang berbeza, namun kisahnya hampir sama. Siapa kita untuk mengecam mereka. Lagipun kita takde di lokasi kejadian dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Walaubagaimana pun, Biarlah ia menjadi pengajaran buat kita semua. 

Syukur alhamdulillah... Bayi tersebut dapat diselamatkan.