Assalamu'alaikum
Sambal mangga masak ranum sungguh mengoda. Namun, aku tetap tak tergoda walaupun hakikatnya aku suka makan sambal mangga. Semuanya aku korbankan demi Ain. Bila menyusukan anak directly, ada makanan perlu dielakkan... Salah makan, pasti membawa kesan kepada bayi... Sepertimana yang pernah berlaku pada Ain dalam entri sebelum ini yang bertajuk Kenapa Nur Ain kerap membuang air besar?.


sambal mangga, sambal mangga masak ranum,

Cara Membuat Sambal Buah Mangga
Walaubagaimana pun, kewajipan berkongsi resepi mudah di sini sememangnya satu kemestian buat aku. Walaupun hanya sambal mangga. Haha...
Bahan : Buah mangga masak atau muda terpulang kepada kesukaan. Cili pun mengikut citarasa samaada nak pedas atau tidak. Belacan, ikan bilis dan sedikit ajinomoto.
Cara membuat :
  • Kupas buah mangga dan potong mengikut kesukaan. 
  • Tumbuk cili, belacan dan ikan bilis bersama, gaulkan dengan buah dan masukkan sedikit ajinomoto if suka. Dah siap. 
Senangkan. Huhu... Terliur tengok weh! Sabar jelah wahai hati :)


Kebaikan Atau Manfaat Buah Mangga
Walaupun masam ketika muda dan manis bila masak. Tapi, ia turut mempunyai kebaikannya yang tersendiri apabila diambil dalam diet pemakanan harian kita. 

Berdasarkan apa yang aku baca dari artikel-artikel online tentang mangga, berikut adalah antara kebaikan yang terkandung dalam buah mangga.
  1. Mangga dikatakan dapat membantu sistem pencernaan di mana sebahagian seratnya larut dalam air, sekaligus dapat menjaga kolestrol supaya tetap normal.
  2. Membantu membersihkan darah dan melancarkan peredaran darah.
  3. Mangga juga dikatakan mengandungi antioksidan yang bertindak melawan radikal bebas iaitu penyebab kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan kardiovaskular.
Tu antara lain kebaikan buah mangga. Tak rugi pun makan buah mangga sebenarnya walaupun rasanya agak masam. Kan...