13 June 2015

Ramalan Juara Untuk Super Qu Putih Bintang Bersama Bintang Minggu Ke-10



Assalamu'alaikum
Ramalan juara untuk super qu putih bintang bersama bintang minggu ke-10. Entri yang hanya sekadar dari sudut pandangan peribadi. 7 minggu tengok on time dan lagi 2 minggu tengok ulangan dan akhirnya malam esok tanggal 14 Jun 2015... Malam Ahad jam 9 malam di tv3... Achey, Bocik, Chilok dan Titan akan berentap di peringkat akhir musim pertama super qu putih bintang bersama bintang 2015.

Manakala Kepoh, seperti yang kita tahu... Telah tarik diri pada minggu yang ke-6. Sumbu pulak terkeluar pada minggu yang ke-9 QPBBB.

Sepanjang 9 minggu berentap... Achey telah memenangi duit bernilai RM10,000 setiap minggu sebanyak 4 minggu... Bocik pulak 2 minggu sama seperti Titan. Manakala Chilok pulak pernah menang sekali sebanyak RM10,000.

Berdasarkan persembahan dan kemenangan yang pernah mereka dapat setiap minggu... Ternyata Achey mendahului kumpulan-kumpulan yang lain. Tak mustahilkan Achey boleh menjadi Johan Super Qu Putih Bintang Bersama Bintang. Tapi kan... Titan dan Bocik pun tak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi Bocik. Persempahan mereka tak menentu... Kekadang boleh jadi lawak giler. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia takde siapa yang tahu... Tak mustahil Bocik or Titan pun boleh bergelar pemenang tempat pertama super QPBBB.

Tapi... Perasaan aku kuat menyatakan yang Achey akan menjadi juara super qu putih bintang bersama bintang. Haha... Tetiba pulak buat ramalan. Bukan apa... Orang rumah aku asyik dok berbeza pendapat pasal siapa juara super qpbbb. Ada kata Titanla juara super qpbbb... Ada kata Bocik la. Tapi... Suara majoriti, ramai yang kata Achey juara super qpbbb. Harap-harap gitulah keputusannya. Ye tak?


Sumber gambar Achey QPBBB adalah dari google

BIODATA ACHEY SUPER QU PUTIH BINTANG BERSAMA BINTANG
Berdasarkan sumber, berikut adalah serba-sedikit biodata ringkas mengenai Achey:-

NAMA SEBENAR ACHEY: Mohd Nasir Bin Hamzah
TARIKH LAHIR: 17 Ogos 1986
UMUR: 27 Tahun
TEMPAT LAHIR: Labis, Segamat, Johor
KERJAYA: Mekanik
HOBI : Bersukan
IDOLA SENI : Harun Salim Bachik, Black, Jamal Abdilah, Yana Samsudin
TWITTER : @Kintangkintung
FACEBOOK : Achey Kintangkintung

Rupanya muda lagi Achey. Muda sikit dari aku. Haha. Sabar jelah. Menang atau tidak Achey... Kenalah tengok malam esok kan...
  

No comments:

Post a Comment