Projek memikat hati suamilah sangat. Padahal... Semasa berbuka semalam, hubby request mintak dibuatkan acar timun bercuka untuk berbuk...

Projek Memikat Suami

/
0 Comments


Projek memikat hati suamilah sangat. Padahal... Semasa berbuka semalam, hubby request mintak dibuatkan acar timun bercuka untuk berbuka. Biasalah salah satu menu kesukaan dia. Tiap kali makan di Sugarbun... Wajib order nasi lemak biasa... Sebab ada acar timun katanya. Haha...

Apalagi aku... Sebelum kawin lagi dah menuntut resepi acar timun dengan mak sebaik saja tahu yang dia sukakan acar timun.

Gambar acar timun bercuka

RESEPI ACAR TIMUN BERCUKA
Nak buat acar timun, kena ada bahannya... Dan berikut adalah antara bahan yang diperlukan untuk membuat acar timun:-
  • 2 biji timun
  • 2 biji lobak merah
  • Semangkuk lobak putih jeruk
  • 2 sudu cuka
  • garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • segelas air
  • Bawang putih dan halia dilayang halus
  • 3 biji cili juga dilayang halus
CARA MEMBUAT ACAR TIMUN BERCUKA 
Manakala untuk membuatnya... Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:-
  • Timun dibuang tengah. Kemudian dipotong dan direndam dengan air garam. Biarkan seketika.
  • Parut lobak merah.
  • Hiriskan lobak putih jeruk.
  • Setelah itu, buangkan air rendaman timun dan pulaskan timun di dalam bekas kain yang bersih untuk membuang air dalam isinya.
  • Kemudian, rebuskan segelas air dengan cuka,cili, bawang putih, halia, cuka dan masukkan garam, gula dan ajinomoto.
  • Bila dah sejuk, barulah gaulkan timun, lobak merah dan lobak jeruk di dalamnya.
Mudahkan. Alhamdulillah... Lega! Bila dapat menunaikan permintaan encik suami. Berselera betul dia makan masa berbuka tadi tau. Haha...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: