Assalamu'alaikum ♥ Nasi goreng ikan bilis planta , semestinya resepi kesukaan anak dara aku. Juga antara menu untuk breakfast ka...

Nasi Goreng Ikan Bilis Planta

/
1 Comments


Assalamu'alaikum
Nasi goreng ikan bilis planta, semestinya resepi kesukaan anak dara aku. Juga antara menu untuk breakfast kami sekeluarga kalau tak bulan puasa. Ikut tahap kerajinan jugak... dan kalau ada saki baki nasi... Tu yang timbul idea nak buat nasi goreng.


Gambar nasi goreng ikan bilis planta

Alhamdulillah, nak buat nasi goreng ikan bilis gaya aku amatlah mudah. Bahan-bahan pun sikit. Nasi semangkuk, 4 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis yang ditumbuk, cili, sedikit garam, sebiji telur, lobak merah dipotong kecik, bunga kobis dan sedikit planta untuk menggoreng.

Nak buat pulak, caranya adalah seperti berikut:-
  1. First panaskan kuali. Masukkan planta dan tumiskan bahan seperti bawang, cili dan ikan bilis. Then pecahkan telur dan kacau bagi hancur.
  2. Masukkan lobak merah dan bunga kobis.
  3. Lastly, masukkan nasi, sedikit garam dan goreng sehingga masak.
Mudahkan... Semudah ABC. Alhamdulillah... Breakfast pagi tadi Alia habiskan nasi goreng ikan bilis planta dengan telur rebus.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. sedap ni fiza..lagi2 klu ikan bilisnya rangup..Aiman paling suka nasi goreng

    ReplyDelete