23 June 2015

Kenapa Tembikai Dikatakan Boleh Membantu Lelaki



Assalamu'alaikum 
Kenapa tembikai dikatakan boleh membantu lelaki? Entri seterusnya dari aku. Tetiba rasa nak berkongsi info mengenainya memandangkan buah tersebut berlonggok-longgok dijual di sana sini. Contohnya, semalam masa ke bazar ramadhan Spaoh... Tengok tembikai kemain banyak, seperti tiada siapa yang berminat nak beli. 


Sumber dari majalah iSIHAT

Untuk pengetahuan semua terutamanya bagi kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas dikatakan kerap diserang darah tinggi. Untuk mengelak penyakit tersebut... Kajian perubatan menunjukkan tembikai mempunyai kandungan kalium yang berperanan mengurangkan tekanan darah tinggi dan strok. Dengan mengamalkan memakan sepotong setiap hari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Tak rugi mencuba kan... Buah je pun... Semoga info yang sedikit ini memberi manfaat buat kita bersama ^_<.

No comments:

Post a Comment