Assalamu'alaikum ♥ Kadar zakat fitrah bagi negeri Sarawak 2015 . Seperti kelaziman every years bila menjelang puasa je... Pasti ...

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Sarawak 2015

/
0 Comments


Assalamu'alaikum
Kadar zakat fitrah bagi negeri Sarawak 2015. Seperti kelaziman every years bila menjelang puasa je... Pasti dikaitkan dengan pembayaran zakat fitrah. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam utusan sarawak harini yang bertarikh 12 Jun 2015, kadar zakat fitrah bagi negeri Sarawak untuk tahun 2015, masih kekal RM7. Mean, tahun ni encik suami kena bayar sebanyak RM28 lah gayanya.



PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Alang-alang dah bercakap tentang zakat. First things kita kena tahu apakah yang dimaksudkan dengan zakat fitrah? Berdasarkan sumber laman zakatselangor...
Dari segi bahasa, zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Bersih dan Suci dalam istilah zakat membawa pengertian bahawa membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. 
Manakala dari segi syarak pula, zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
KADAR PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan dan kadar fitrah adalah satu gantang baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya dan kadar ini bergantung ketentuan yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri-negeri.

WAKTU PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kemudian, untuk waktu pembayaran zakat fitrah... Berikut adalah waktunya:-

  1. Waktu wajib bayar zakat fitrah adalah apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdal bayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat hari raya.
  3. Waktu sunat bayar zakat fitrah adalah sepanjang bulan ramadhan.
  4. Waktu makruh bayar zakat fitrah adalah selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu syawal.
  5. Waktu haram bayar zakat fitrah adalah selepas terbenam matahari satu syawal.

Alhamdulillah... Sedikit info mengenai zakat fitrah yang aku fikir cukup jelas untuk kita tidak melengahkan rukun Islam yang kelima ini.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: