Assalamu'alaikum ♥ Hantar dulang ke surau  fenomena yang sering berlaku bila menjelang bulan puasa di kampung aku. Setiap rumah ...

Hantar Dulang Ke Surau

/
2 Comments


Assalamu'alaikum
Hantar dulang ke surau fenomena yang sering berlaku bila menjelang bulan puasa di kampung aku. Setiap rumah akan menghantar sedulang hidangan ke surau mengikut blok. Alhamdulillah... Majlisnya dah pun selesai petang tadi.

diari ramadhan 2015, cerita puasa 2015,

Ia adalah budaya di kampung aku sebagai tanda untuk menyambut bulan puasa yang mulia. Berkumpul ramai-ramai di surau, then ada tahlil dan diakhiri dengan jamuan makan. Bulan puasa di kampung aku cukup meriah saban tahun... Setiap hari... Pasti ada undangan untuk berbuka puasa. Tahun lepas... Beberapa hari je ayah berbuka di rumah... Selebihnya berbuka di rumah jiran. Kekadang... Ayah seperti malas nak pergi. Tapi... Tak baik tolak pelawaan jiran. Nanti apa pulak kata dorang. Rezeki jangan ditolak... Musuh jangan dicari. Betul tak?

Part tarawih pulak... Setiap malam pasti ada yang bersedekah ke surau untuk dijadikan jamuan selepas tarawih. Balik tarawih pasti bawak tapau berisi pelbagai jenis kuih... Sampai tak habis makan. Huhu...

Rindunya saat itu...



ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. wahh best nya kg Fiza.. sini dah kurang tradisi tu... duk taman kurang meriahnya...huhu

    ReplyDelete
  2. menarik fiza tradusi hantar dulang ni..macam kenduri sebelum puasalah ni kan

    ReplyDelete