Assalamu'alaikum
Drama terbaru menggantikan Isteri Separuh masa yang mula bersiaran 15 Jun 2015, setiap Isnin... Jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Maya HD adalah M.A.I.D. Merupakan drama adaptasi sebuah Novel pertama karya Suri Ryana. Menurut sumber dari Myinfotaip... Ia adalah drama terbaru lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat yang suatu masa dulu popular dengan lakonan mereka dalam drama rindu awak 200%. Selain daripada Zul Ariffin dan Ayda Jebat, berikut adalah watak dan para pelakon yang bakal membarisi lakonan drama MAID, iaitu :-
  • Ayda Jebat Sebagai Noorul
  • Zul Ariffin sebagai MR.F/Harris
  • Nina Nadira Naharuddin sebagai Iman
  • Tasha Shilla Razak sebagai Elisa
  • Nina Juren sebagai Puan Sri Kirana
  • Nina Nadira sebagai Zaura
  • Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Hamdan
  • Hefny Sahad sebagai Haikal
 
Sumber dari Infotaip


Mengikut sinopsis yang terdapat di Novel M.A.I.D macam best. Haha... Di mana ceritanya mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang sangat cerewet sehinggakan Noorul mengelarkannya Mr.F (F jolokan untuk ‘fussy’). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji. 

Mr.F seorang yang tidak mesra alam, suka menengking dan suka memberi arahan dengan meningggalkan nota di serata rumahnya. Pada suatu hari Mr. F menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani untuknya, huru-hara dibuatnya apabila Noorul tidak pandai memasak melainkan masak nasi, air dan manggi. Disebabkan itu, Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Lama-kelamaan mereka mula mengenali, Noorul mula jatuh cinta dengan majikannya.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Noorul yang memendam perasaan cintanya kepada Mr.F mula gusar bolehkah dia menerimnya sebagai isteri. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Tak pernah baca novel M.A.I.D. Tapi adik yang dah baca novelnya... Kata best jalan ceritanya. Best ke... Tak best ke... Biasanya kalau dah selepas jam 10 malam... Jaranglah aku nak layan movie. Lebih memilih untuk tidur... Kalau tengok pun seperti biskut chipmore. Kejap ada, kejap takde... Haha.