Assalamu'alaikum,
Drama terbaru cik bunga dan encik sombong akan mula ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD malam ni iaitu setiap malam Isnin hingga Khamis jam 9 malam. Berdasarkan sumber di laman infotaip, drama ni pun merupakan adaptasi sebuah novel berjudul 'Cik Bunga Dan Encik Sombong', hasil tulisan Airisz. Antara watak yang membarisi drama ini adalah seperti berikut:-

  1. Watak Harris Isqandar - Amar Baharin
  2. Watak Intan Asnidar - Amyra Rosli
  3. Watak Erny Humairah - Sasqia Dahuri
  4. Watak Datin Nora - Jasmin Hamid
  5. Watak Datuk Zahari - Roy Azman
  6. Watak Olin - Sura Sojangi dan
  7. Watak Kak Yan - Farisha Irwayu Ghali

novel Cik Bunga Dan Encik Sombong

SINOPSIS CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG
Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta. 

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimana pun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan. 

GAMBAR PELAKON

Amar Baharin dan Amyra Rosli

Nak tahu best ke tidak ceritanya... Kenalah tonton malam ni. Hehe...