Assalamu'alaikum
Drama Syurga Nur akan menggantikan Dia isteri luar biasa... Itulah info yang aku dapat daripada beberapa buah laman. Dengar cerita, Selasa next week... Episod akhir dia isteri luar biasa. Betul ke tidak... Kenalah tunggu next week.

Sumber gambar daripada google image

Bercakap pasal drama selepas dia isteri luar biasa ni... Berdasarkan maklumat dari laman infotaip, Ia bukan drama adaptasi novel. Di bawah arahan Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. 28 episod dan akan mula ditayangkan pada 1 Julai 2015, setiap Isnin hingga Khamis... Jam 6:55 petang, semestinya di tv3. Antara pelakon yang akan membarisi drama syurga nur adalah seperti berikut:-

WATAK PELAKON DALAM DRAMA SYURGA NUR
Janna Nick sebagai Nur Jannah / Nur Fatihah Nik Safuan
Amar Asyraf sebagai Kamil
Azrel Ismail sebagai Dr Haris
Sheila Rusly sebagai Sarina 
Raja Ilya sebagai Alin
Dayana Roza sebagai Siti
Erwin Dawson sebagai Adib
Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
Elin Sharliza sebagai Alia
Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar 
Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
Shajiry sebagai Said
Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
Yaya Zahir sebagai Emma
Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)

SINOPSIS DRAMA SYURGA NUR
Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. 

Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

Baca sinopsis macam best. Best ke tidak... Kenalah tunggu dan tonton sendiri kan... Ye tak?