Assalamu'alaikum ♥ Cara mudah nak buat kacang cornflakes pedas ... Biasalah aku... Tak sah, kalau tak kongsikan resepi even rese...

Cara Mudah Nak Buat Kacang Cornflakes Pedas

/
1 Comments


Assalamu'alaikum
Cara mudah nak buat kacang cornflakes pedas... Biasalah aku... Tak sah, kalau tak kongsikan resepi even resepinya semudah one plus one. Haha...

Actually, ia menu minum petang semalam dan baru harini aku berkesempatan untuk bercerita. Biasalah projek mak dan adik pompuan aku... Alang-alang dah buat kek tempahan hari gawai... Tahap kerajinan pun masih berbaki... 3 hari berturut-turut buat kuih. Sabar jelah... Puasa pun tak lagi... Semangat buat kuih kemain. Haha...



Bahan Dan Cara Membuat Kacang Cornflakes Pedas
Nak buat kacang cornflakes pedas tak susah sebenarnya. Bahan pun sikit. Kacang 1kg, cornflakes sekotak, ikan bilis 1/2kg, bawang putih 5 bulas, bawang merah 4 ulas, cili boh, sos, minyak dan gula. 

Nak buat... First things first, goreng kacang dengan sedikit minyak dan biarkan. Then, goreng pulak ikan bilis sehingga ranggup dan biarkan. Then, kisarkan bawang dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili boh, sos dan gula mengikut tahap kemanisan yang kita sendiri suka ok. Bila dah nampak pekat. Baru gaulkan kacang, cornflakes dan ikan bilis. Dah... Siap! Sangat mudah... Sangat sesuai untuk dijadikan snack masa menonton tv.

Lepas minum petang, kami sambung lagi makan time tengok dia isteri luar biasa episod 10. Biasalah... Benda tak selalu buat... Memang sedap. Selagi tak habis... Selagi tulah makan. Kan!...




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: