02 June 2015

Cara Mengatasi Kulit Kepala Bayi Mengelupas Dan Berminyak



Assalamualaikum 
Cara Mengatasi kulit kepala bayi mengelupas dan berminyak. Antara persoalan yang akan bermain di fikiran kita apabila mendapati kepala bayi berminyak dan kelihatan seperti bersisik. Malah, ada yang mengaitkan keadaan tersebut dengan kelemumur dan ekzema.

Tapi... Menurut Dr. Carol Cooper dalam bukunya bertajuk Soal Jawab bayi dan kanak- kanak, keadaan tersebut dikenali sebagai dermatitis seborea atau topi buaian. Keadaan tersebut terjadi adalah disebabkan oleh pengumpulan kulit mati pada kulit kepala bayi.

Sumber dari google

Cara Mengatasi Kulit Kepala Bayi Mengelupas Dan Berminyak Atau Berkerak

Cara untuk mengatasinya adalah dengan hanya amalan kerap mencuci kepala bayi dengan syampu. Namun, kekerapan menggunakan syampu juga ada tipsnya... Sepertimana pernah aku kongsikan dalam entri sebelumnya yang bertajuk kekerapan bersyampu dan kebaikannya.

Menurut Dr. Carol Cooper juga, selain bersyampu... Kita jugak digalakkan menyapu sedikit minyak zaitun pada bahagian kepala bayi yang kelihatan bersisik bagi melembutkan dan memendekkan masa pemulihannya... Elakkan daripada menggunakan minyak kelapa atau kekacang kerana dikhuatiri akan menyebabkan alahan.

Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman melahirkan dua orang cahaya mata... Aku langsung takde masalah terhadap kulit kepala bayi bersisik atau dalam bahasa orang kampung... kulit kepala berkerak. Apa yang aku amalkan... Hanyalah mengikuti saranan dan tips yang aku perolehi, hasil daripada pembacaan. Alhamdulillah... 


No comments:

Post a Comment