Back to Top

14 June 2015

Berminat Dengan Makanan



Assalamu'alaikum
Berminat dengan makanan... Tu antara lain perkembangan Nur Ain yang lagi beberapa hari akan melangkah ke usia 6 bulan. 


Bila dia tengok kita makan... Mak aiiih... Matanya turut terarah ke arah pinggan. Fokus... Sambil mulut seperti mengunyah... Sudahnya, habis baju basah dek kerana air liur yang meleleh. Sesekali dia tunjukkan skill, seperti mahu mencapai makanan yang ada dalam pinggan. Anak oiii... Kekadang tak sampai hati nak makan depan Ain bila lihat dia berperangai gitu.

Sabar ye sayang... Tinggal 5 hari lagi, Ain dah start boleh makan. Fresh food feeder pun ayah dah beli. Tujuannya hanya satu... Iaitu untuk menarik minat Ain makan di samping mengajar Ain untuk menyukai sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kurma pun hubby dah standby... Katanya bukan saja untuk berbuka puasa... Tapi untuk Ain sebagai snack. Nanti... Ada masa, aku share yer gambar Ain makan. Apakah reaksi dia? 




2 comments:

  1. amboi dah tak sabar nak makan ye ain..tgok gaya badan semangat ain mesti Jenis suka makan nanti.. Afia food feeder dia beli tapi tak pandai nak guna..ye la dia gigi lmnat tumbuh..tu yg tak minat gigit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mini. encik suami pun beranggapan gitu kata Ain nanti mesti kuat makan.

      Delete