Assalamu'alaikum
Bangun serumah, begitulah first day puasa kami. Hahaha... Semangat mesti ada. Alia dan Ain pun bangun. Alhamdulillah... Menu sahur harini tersangatlah simple... Ayam masak kicap, telur goreng planta, ikan bilis goreng dan sayur campur. Even simple, tapi bermakna bila semua bangun sahur. 



Untuk ibu seperti aku yang menyusukan bayi... Tentunya dalam otak berfikir bagaimana nak puasa bila menyusukan bayi. Pada aku, sebenarnya takde masalah berpuasa walaupun menyusukan anak secara directly breastfeeding. Tipsnya mudah je...

First... Kena thinks positif. Percaya bahawa ciptaan Allah pasti punyai kelebihannya tersendiri... Fikir bahawa susu sentiasa ada untuk anak even berpuasa.

Second... Banyakkan minum air kosong dan makan makanan yang berkhasiat. Paling elok... Try makan 3 biji kurma semasa sahur untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Lastly, if takut susu berkurang... Try simpan stok susu sebanyak yang boleh untuk cover bulan puasa.

Tu je kot... Tips mudah dari aku. Apa-apa pun selamat menunaikan ibadah puasa yer :)