Back to Top

29 June 2015

Agar-Agar Oreo Lapis Milo Mudah Untuk Dibuat



Assalamu'alaikum
Agar-agar oreo lapis milo rupanya mudah untuk dibuat... Even, harini aku first time membuatnya. Biasalah... Bila first time buat dan mak pun puji kata sedap. Semestinya... Akan aku kongsikan di sini.


RESEPI AGAR-AGAR OREO LAPIS MILO SUKATAN GELAS
Actually, aku guna agar-agar yang macam tali tu. So, untuk memudahkan proses membuat agar-agar oreo lapis milo dan hasilnya cantik... Aku guna sukatan gelas saja. Bahan yang kena ada adalah seperti berikut:-

  • 1 cawan agar-agar tali yang telah dicuci.
  • 3 gelas air
  • 1 gelas susu cair
  • 1 gelas milo
  • 1 gelas gula
  • oreo perisa coklat 
Cara membuatnya pulak...
  • Panaskan 3 gelas air. Masukkan agar-agar dan kacau hingga hancur.
  • Then, masukkan 1 gelas susu dan 1 gelas gula gula dan kacau sehingga pekat dan sebati.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian. Lapisan pertama hendaklah dicampurkan dengan 1/2 gelas milo. Sejukkan. Bila nampak hampir keras. Masukkan lapisan kedua tanpa sebarang campuran dan patahkan oreo ke atasnya. Bila hampir keras. Masukkan lapisan terakhir yang dicampurkan dengan 1/2 gelas milo.
Mudahkan. Nanti nak repeat membuatnya, memandangkan Alia pun suka makan. Mak pun request suruh buat 17 ramadhan nanti... Sebab mak plan nak ajak jiran berbuka di rumah. Tak sangka agar-agar oreo lapis milo aku mendapat sambutan yer... Hehe.

No comments:

Post a Comment