Projek memikat hati suamilah sangat. Padahal... Semasa berbuka semalam, hubby request mintak dibuatkan acar timun bercuka untuk berbuk...



Projek memikat hati suamilah sangat. Padahal... Semasa berbuka semalam, hubby request mintak dibuatkan acar timun bercuka untuk berbuka. Biasalah salah satu menu kesukaan dia. Tiap kali makan di Sugarbun... Wajib order nasi lemak biasa... Sebab ada acar timun katanya. Haha...

Apalagi aku... Sebelum kawin lagi dah menuntut resepi acar timun dengan mak sebaik saja tahu yang dia sukakan acar timun.

Gambar acar timun bercuka

RESEPI ACAR TIMUN BERCUKA
Nak buat acar timun, kena ada bahannya... Dan berikut adalah antara bahan yang diperlukan untuk membuat acar timun:-
  • 2 biji timun
  • 2 biji lobak merah
  • Semangkuk lobak putih jeruk
  • 2 sudu cuka
  • garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • segelas air
  • Bawang putih dan halia dilayang halus
  • 3 biji cili juga dilayang halus
CARA MEMBUAT ACAR TIMUN BERCUKA 
Manakala untuk membuatnya... Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:-
  • Timun dibuang tengah. Kemudian dipotong dan direndam dengan air garam. Biarkan seketika.
  • Parut lobak merah.
  • Hiriskan lobak putih jeruk.
  • Setelah itu, buangkan air rendaman timun dan pulaskan timun di dalam bekas kain yang bersih untuk membuang air dalam isinya.
  • Kemudian, rebuskan segelas air dengan cuka,cili, bawang putih, halia, cuka dan masukkan garam, gula dan ajinomoto.
  • Bila dah sejuk, barulah gaulkan timun, lobak merah dan lobak jeruk di dalamnya.
Mudahkan. Alhamdulillah... Lega! Bila dapat menunaikan permintaan encik suami. Berselera betul dia makan masa berbuka tadi tau. Haha...

Assalamu'alaikum ♥ Agar-agar oreo lapis milo rupanya mudah untuk dibuat... Even, harini aku first time membuatnya. Biasalah... Bi...



Assalamu'alaikum
Agar-agar oreo lapis milo rupanya mudah untuk dibuat... Even, harini aku first time membuatnya. Biasalah... Bila first time buat dan mak pun puji kata sedap. Semestinya... Akan aku kongsikan di sini.


RESEPI AGAR-AGAR OREO LAPIS MILO SUKATAN GELAS
Actually, aku guna agar-agar yang macam tali tu. So, untuk memudahkan proses membuat agar-agar oreo lapis milo dan hasilnya cantik... Aku guna sukatan gelas saja. Bahan yang kena ada adalah seperti berikut:-

  • 1 cawan agar-agar tali yang telah dicuci.
  • 3 gelas air
  • 1 gelas susu cair
  • 1 gelas milo
  • 1 gelas gula
  • oreo perisa coklat 
Cara membuatnya pulak...
  • Panaskan 3 gelas air. Masukkan agar-agar dan kacau hingga hancur.
  • Then, masukkan 1 gelas susu dan 1 gelas gula gula dan kacau sehingga pekat dan sebati.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian. Lapisan pertama hendaklah dicampurkan dengan 1/2 gelas milo. Sejukkan. Bila nampak hampir keras. Masukkan lapisan kedua tanpa sebarang campuran dan patahkan oreo ke atasnya. Bila hampir keras. Masukkan lapisan terakhir yang dicampurkan dengan 1/2 gelas milo.
Mudahkan. Nanti nak repeat membuatnya, memandangkan Alia pun suka makan. Mak pun request suruh buat 17 ramadhan nanti... Sebab mak plan nak ajak jiran berbuka di rumah. Tak sangka agar-agar oreo lapis milo aku mendapat sambutan yer... Hehe.

Assalamu'alaikum ♥ Resepi terung masak kicap kesukaan sendiri haruslah di tempek di sini. Tiap kali buat terung masak kicap... T...



Assalamu'alaikum
Resepi terung masak kicap kesukaan sendiri haruslah di tempek di sini. Tiap kali buat terung masak kicap... Teringat pulak dengan kisah sendiri yang pada mulanya tak suka makan terung. Entah! One day, tak silap tahun 2003... Mak temankan aku bermalam di SK Balingan... Sebab masa tu aku kerja jadi guru sandaran selama setahun di situ.

Nak dijadikan cerita... One day, Balik dari mengajar... Perut yang lapar teramat. Terus bantai terung masak kicap yang mak buatkan. Fuh! Habis semangkuk aku makan. Rupanya sedap jugak terung bila dimasak gitu... Serius, before tu mak pun tak pernah buat terung masak kicap... Sebab tahu yang anak-anaknya kurang gemar makan sayur. Entah! Tiba-tiba pulak haritu dia masak terung masak kicap. Start dari hari tulah... Aku menuntut resepi... Sampai sekarang... Terung masak kicap jadi kesukaan aku. Encik suami dan Alia pun suka... Nak-nak extra telur. Marvelous! 


BAHAN-BAHAN TERUNG MASAK KICAP
Nak buat semudah ABC. Bahan-bahan pun sikit. Cuma perlu ada terung 5 batang, telur 2 biji, bawang putih 4 ulas, halia sebesar ibu jari, kicap masin adabi sudah semestinya. Hehe... Boleh je guna apa-apa jenis kicap. Lepas tu... Kena jugak ada cili, ajinomoto dan minyak untuk menumis.

CARA MEMBUAT TERUNG MASAK KICAP
  • Cili, halia dan bawang putih dipotong halus dan digoreng sehingga naik bau.
  • Pecahkan dua biji telur.
  • Masukkan terung dan kicap
  • Tambah sedikit air dan masukkan sedikit ajinomoto ke dalam sayur terung dan tunggu sehingga masak.
Mudahkan. Alhamdulillah... Rezeki berbuka kami sefamili semalam... 

Assalamu'alaikum ♥ OST/lagu tema Syurga Nur akasia terbaru gantikan dia isteri luar biasa ... Begitulah antara info yang aku dapa...



Assalamu'alaikum
OST/lagu tema Syurga Nur akasia terbaru gantikan dia isteri luar biasa... Begitulah antara info yang aku dapat dari infotaip. 

Sumber gambar dari infotaip

Lagu Benar Cinta dikatakan akan menjadi lagu tema bagi drama Syurga Nur yang bersiaran di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis bermula 1 Julai nanti. Lagu ini dinyanyikan oleh dua beradik kembar seiras iaitu Hanim Fariza dan Noor Aisha yang menggelarkan diri mereka sebagai AishaHanim.

Baca Juga : Sinopsis akasia terbaru Syurga Nur

LIRIK LAGU BENAR CINTA - AISHAHANIM 

Terus berdiri aku dalam kegelapan 
Dimana ku cari jalan cintaku 
Apa masih ada lagi

Terus bertemu kita dalam kegelapan 
Dimana hendak ku berselindung 
Ada cinta atau hati ini 

Aku ingin kau merasakannya 
Aku ingin kau mendengarkannya 
Sukar untuk ku tinggal kerna semua dah jadi 
Dalam cinta 

Aku ingin kau mengerti lagi 
Aku ingin kau seperti dulu 
Selami hati ini jangan biarkan aku 
Keseorangan kasih.. Ohh.. 
Kasih.. Ohh..

Aku ingin kau merasakannya 
Aku ingin kau mendengarkannya 
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi 
Dalam cinta 

Aku ingin kau seperti dulu 
Aku ingin kau mengerti lagi 
Selami hati ini jangan biarkan aku 
Keseorangan kasih

Kembalikan cintaku dalam ketenangan 
Agar aku dalam dakapanmu 
Jangan tinggal ku sendiri 
Dalam cinta - Dalam cinta

VIDEO OST/LAGU TEMA SYURGA NUR BERTAJUK BENAR CINTA

Assalamu'alaikum ♥ Entri terbaru tak keluar di dashboard ... Dah dua hari dah aku perasan tau. Bila publish entri baru, entri ta...



Assalamu'alaikum
Entri terbaru tak keluar di dashboard... Dah dua hari dah aku perasan tau. Bila publish entri baru, entri tak keluar di dashboard. Di bloglist pun tak up to date. Apa masalahnya yer?

Sumber dari google image

Selepas duatigaempat jam barulah terpapar. Ada jugak google tentang masalah entri tak keluar di dashboard. Ada yang kata... Kena unfollow blog kita... Then follow balik... Barulah masalah tu selesai. Huhu... Jenuhlah followers kita nak buat gitu.

Tapi... Ada jugak yang kata... Masalah biasa tu. Nanti back to normal balik. Betul ke? Harap-haraplah yer... Dah dua hari dah aku membiarkan masalah tersebut tau. Adakah perlu dibiarkan?

Assalamu'alaikum ♥ Koleksi binatang mainan budak 3 tahun ... Entri terbaru tentang Alia. Tiap kali adik perempuan aku dapat gaji...



Assalamu'alaikum
Koleksi binatang mainan budak 3 tahun... Entri terbaru tentang Alia. Tiap kali adik perempuan aku dapat gaji... Dia pasti bawak Alia pergi shopping. Tempat yang selalu dorang pergi... Semestinya kedai Doraemon, Betong... Salah sebuah kedai terbesar di area Betong.


Bila di situ... Adik kata, Alia mesti mintak belikan binatang yang boleh bergerak satu. Tak mahal mana pun... RM3.80 satu. Setakat ni dah 7 jenis binatang dalam koleksi dia. Terbaru... Dia belikan itik... Now, bercadang pulak nak beli gajah untuk next shopping. Sabar jelah. Nasib baik murah... Kalau tak... Boleh nipis fulus adik dibuatnya. Haha... Reti dah yer kumpul binatang buat koleksi... Sampaikan nenek dia letakkan dalam bekas khas tau... Bila tengok Alia gitu. Kononnya nak bagi semangat kat Alia. Haha...

Assalamu'alaikum ♥ Buat peminat bubur kacang ... Di sini aku nak share sedikit info. Berdasarkan apa yang aku baca di majalah iS...



Assalamu'alaikum
Buat peminat bubur kacang... Di sini aku nak share sedikit info. Berdasarkan apa yang aku baca di majalah iSIHAT keluaran Jun 2015, sekarang ni terdapat bubur kacang segera tau... Inovasi bubur kacang seperti penyediaan mi segera yang hanya mengambil masa 5 minit. Just tuangkan air panas je... 

Sumber gambar adalah daripada majalah iSIHAT

Berikut adalah sedikit info mengenai bubur kacang segera tersebut:-
  1. Sesuai untuk dinikmati semua golongan termasuklah kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.
  2. Tiada bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan digunakan dan berstatus halal.
  3. Terdapat dalam 5 versi iaitu bubur kacang hijau dan bubur kacang merah (40gram), bubur kacang hijau dan bubur kacang merah bersantan dan wholesome goodies iaitu campuran kacang merah, oat, badam dan kismis.
  4. Boleh didapati di pasaran tempatan pada harga RM3.50 dan RM3.90 secawan seperti di 7-eleven, Giant dan 99 Speedmart.
  5. Telah berada di pasaran sekarang ni.
Tengok cara pembungkusan dia macam sedap. Kebetulan hubby di Kuching sekarang ni... Hehe. Bolehlah pesan untuk membeli. Insya Allah if ada nanti... Aku akan review ek... Sedap ke tidak. Haha... Bulan puasa ni, pantang tengok makanan menarik sikit. Confirm... Nak jugak mencuba.

Assalamu'alaikum ♥ Resepi berbuka kami semalam... Udang masak kunyit  haruslah ditempek. Begitulah... Apabila meroyan nak jadi i...



Assalamu'alaikum
Resepi berbuka kami semalam... Udang masak kunyit haruslah ditempek. Begitulah... Apabila meroyan nak jadi iron chef tetiba datang di bulan puasa... Maka bermacam-macam resepi dibuat untuk melunasi selera anak tekak. 

Actually, udang masak kunyit adalah menu kegemaran Alia. Nampak udang masak kunyit, confirm bertambah-tambahlah nasi dia. Tapi... Udang kecik je pun Alia boleh makan. Kalau makan udang galah... Hurmmm! Sah-sahlah alergi akan timbul. Tak silap, aku pernah share cerita pasal Alia terkena alergi makan udang DI SINI.


Gambar resepi udang masak kunyit

Berbalik kepada menu udang masak kunyit. Nak buat... Bahan pun sikit... Iaitu 500gm udang, kunyit, halia yang dikisar bersama beberapa ulas bawang putih, cili dan bawang besar dihiris, garam, ajinomoto, satu sudu kari dan sedikit minyak untuk menumis. Nak membuatnya, berikut langkah demi langkah yang perlu dilakukan:-
  1. Panaskan minyak dan masukkan halia dan bawang putih yang telah dikisar dan goreng sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang besar dan cili.
  3. Masukkan kunyit dan kari. Selepas tu tambah sedikit air.
  4. Masukkan udang. Perasa dengan garam dan ajinomoto dan tunggu sehingga masak.
Cara nak tahu udang dah masak atau tak... Senang je. Tengok kulit udang bertukar warna. Mean masaklah tu. Lagi satu... Tak perlu masak lama-lama... Demi untuk kekalkan kemanisan pada udang.

Senangkan. Alhamdulillah, rezeki berbuka kami semalam.

Assalamu'alaikum ♥ Drama Syurga Nur akan menggantikan Dia isteri luar biasa ... Itulah info yang aku dapat daripada beberapa bua...



Assalamu'alaikum
Drama Syurga Nur akan menggantikan Dia isteri luar biasa... Itulah info yang aku dapat daripada beberapa buah laman. Dengar cerita, Selasa next week... Episod akhir dia isteri luar biasa. Betul ke tidak... Kenalah tunggu next week.

Sumber gambar daripada google image

Bercakap pasal drama selepas dia isteri luar biasa ni... Berdasarkan maklumat dari laman infotaip, Ia bukan drama adaptasi novel. Di bawah arahan Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. 28 episod dan akan mula ditayangkan pada 1 Julai 2015, setiap Isnin hingga Khamis... Jam 6:55 petang, semestinya di tv3. Antara pelakon yang akan membarisi drama syurga nur adalah seperti berikut:-

WATAK PELAKON DALAM DRAMA SYURGA NUR
Janna Nick sebagai Nur Jannah / Nur Fatihah Nik Safuan
Amar Asyraf sebagai Kamil
Azrel Ismail sebagai Dr Haris
Sheila Rusly sebagai Sarina 
Raja Ilya sebagai Alin
Dayana Roza sebagai Siti
Erwin Dawson sebagai Adib
Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
Elin Sharliza sebagai Alia
Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar 
Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
Shajiry sebagai Said
Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
Yaya Zahir sebagai Emma
Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)

SINOPSIS DRAMA SYURGA NUR
Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. 

Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

Baca sinopsis macam best. Best ke tidak... Kenalah tunggu dan tonton sendiri kan... Ye tak?

Assalamu'alaikum ♥ Resepi ayam goreng ala KFC , entri masak memasak menu ringkas yang kadangkala diubahsuai mengikut citarasa se...



Assalamu'alaikum
Resepi ayam goreng ala KFC, entri masak memasak menu ringkas yang kadangkala diubahsuai mengikut citarasa sendiri haruslah ditempek di sini. Sebelum... Sebelum ni, versi ayam goreng yang aku buat tersangatlah mudah. Semudah ABC. Nak tahu resepinya... Aku pernah kongsikan entrinya DI SINI bertajuk ayam goreng tepung.


Kebiasaan bulan puasa... Nafsu makan memang mengada. Alia pulak dok sebut ayam KFC. Nak bawak ke restoran KFC... Malas pulak nak usung Ain bagai. Sudahnya... Cuba google resepi ayam goreng kfc. 

Alhamdulillah... Selepas berbuka semalam, aku start pulak dengan projek penyediaan bahan untuk membuat ayam goreng ala kfc. Nasib baik semua bahan ada. So, bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
  1. Ayam sekilo. Aku guna wings... Sebab stok tu je yang ada dalam freezer
  2. 2 sudu kari
  3. 2 sudu cili
  4. 7 ulas bawang putih yang dikisar
  5. sedikit garam
  6. sedikit ajinomoto
  7. kiub ayam
  8. sedikit soda bikarbonat
  9. telur 2 biji
  10. tepung jagung untuk buat salut dan
  11. tepung gandum juga untuk membuat salut.
Cara membuatnya pulak adalah seperti berikut:-
  1. First, kalau aku... Nak bagi ayam empuk dan cepat untuk digoreng. Ayam kenalah direbus terlebih dahulu.
  2. Kemudian perapkan dengan kari, bawang putih, sedikit ajinomoto, garam secukup rasa, kiub ayam dan sedikit soda bikarbonat. Dan biarkan sejam. Tapi aku buat semalaman kerana nak makan time sahur.
  3. Untuk salut pulak... Just gaulkan tepung gandum dengan tepung jagung. Then tambahkan secubit soda bikarbonat dan jugak kari.
  4. Bila part nak menggoreng pulak. Pastikan guna minyak yang banyak. Untuk ayam yang telah diperap pulak... Gaulkan dengan 2 biji telur sebelum diuli dengan tepung. Uli ayam yang telah diperap satu persatu dengan tepung salut dan goreng sehingga garing.
Alhamdulillah... Berjaya jugak misi membuat ayam goreng ala kfc aku. Not badlah rasanya. Cuma aku terlupa masukkan lada. Lagi satu... Aku terlupa url laman yang aku usha resepi ayam goreng kfcnya. Sudahnya, aku main campak je bahan yang ada. Huhu...

Assalamu'alaikum ♥ Resepi coconut shake mudah dan sedap  haruslah ditempek di sini, bila first time buat terus menjadi. Hubby pu...



Assalamu'alaikum
Resepi coconut shake mudah dan sedap haruslah ditempek di sini, bila first time buat terus menjadi. Hubby pun puji kemain bila dapat merasa coconut shake. Hehe...


Actually, dua hari lepas... Hubby order buah kelapa muda 10 biji dengan pak guard Sekolah rendah Sebemban. Harga sebijik pulak... RM1. Tak tahulah... Mahal ke tidak. Janji hajat nak merasa coconut shake tercapai. 

Dapat pulak gaji harini... Terus beli aiskrim vanila, nata de coco dan coklat rice sebagai hiasan. Biasalah... Dah tahu isterinya suka tempek resepi di blog... Haruslah ada dekorasi sekali-sekala... 

Tak dapat merasa original Klebang Coconut shake yang selalu dok orang canang. Janji sendiri buat... Lagi puas hati.

Walaupun first time buat, nak jugak tempek resepi coconut shake di sini. Mana tahu... Nanti nak repeat buat... Boleh rujuk sini balik.

Ok... Bahan untuk buat coconut shake:-
  1. Susu sejat... If tak nak manis sangat
  2. Ais
  3. Isi dan air kelapa muda
  4. aiskrim vanila
  5. nata de coco dan
  6. coklat rice

Cara menyediakan coconut shake pulak adalah seperti berikut:-
  1. Kisar ais dengan air dan isi kelapa muda.
  2. Masukkan susu
  3. kemudian letakkan aiskrim di atas coconut shake dan hias dengan nata de coco dan coklat rice.
Nyummm... Nyumm... Nyum. Memang marvelous! Walaupun first time buat. Alhamdulillah... Rezeki berbuka harini.

Assalamu'alaikum ♥ Daging masak kari bumbu pedas Sarawak adalah antara menu wajib bulan puasa family aku. Alhamdulillah... Even ...



Assalamu'alaikum
Daging masak kari bumbu pedas Sarawak adalah antara menu wajib bulan puasa family aku. Alhamdulillah... Even ada Ain, aku still boleh bersilat di dapur untuk sediakan juadah berbuka.

Gambar daging masak kari bumbu pedas

Harini punya menu... Aku masak daging masak kari bumbu pedas... Permintaan dari bonda tercinta. Bumbu pedas amat terkenal di Sarawak. Ia bukan saja menjadi bahan untuk buat sayur... Tapi juga untuk daging dan ayam. 

Nak buat daging masak kari bumbu pedas gaya aku. Bahan-bahannya adalah:-
  1. 1kg Daging yang telah dipotong
  2. kari daging
  3. bumbu pedas
  4. 7 ulas bawang merah dikisar
  5. 7 ulas bawang putih dikisar
  6. halia dikisar
  7. kentang 4 biji dipotong dadu.
  8. Lengkuas dikisar
  9. 2 batang serai yang telah diketuk
  10. garam, ajinomoto dan
  11. minyak untuk menumis dan
  12. Air
Cara membuat daging masak kari bumbu pedas pulak adalah seperti berikut:-
  1. Tumis semua bahan yang dikisar dan masukkan serai. Tunggu sehingga naik bau.
  2. Masukkan kari dan bumbu pedas.
  3. Kemudian masukkan daging dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan air dan bila daging dah separuh masak, masukkan pula kentang, garam dan ajinomoto dan tunggu sehingga masak.
Alhamdulillah... Semua suka dengan menu berbuka hari ni... Sampaikan adik aku request untuk repeat menu. Haha...  Opp! Sorry gambar comot giler:)

Assalamu'alaikum ♥ Resort world sentosa , cpuv terbaru aku dapat selepas Nando's sedap sangat ke? . Alhamdulillah... Rezeki ...



Assalamu'alaikum
Resort world sentosa, cpuv terbaru aku dapat selepas Nando's sedap sangat ke?. Alhamdulillah... Rezeki orang nak bagi. Thanks Nuffnang.



Ada jugak google pasal resort world sentosa ni. Try google terus ke lamannya DI SINI. Tempat yang sangat-sangat menarik untuk dikunjungi. Bagi yang suka travel tu... Maybe iklan ni sangat bermakna untuk mengetahui info mengenainya. 


Apa-apa pun terima kasih jugak kepada yang sudi mengunjung blog aku. Tanpa korang, sunyilah blog ni.

Selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Assalamu'alaikum ♥ Menu berbuka yang sangat ringkas dari aku. Itulah kebiasaan family aku. Bulan puasa ke... Tak bulan puasa ke....



Assalamu'alaikum
Menu berbuka yang sangat ringkas dari aku. Itulah kebiasaan family aku. Bulan puasa ke... Tak bulan puasa ke... Juadah tetap simple. Malah... Cukup-cukup untuk 8 orang. Memang bajet betul-betul dulu before masak. Haha... Itu semua mak yang tentukan. Dah terbiasa buat cathering... Jadinya sikit sebanyak tahulah nak bajet makanan tu macam mana. Bukan kes kedekut... Jauh sekali. Malah... Ada jugak untuk disedekahkan dengan jiran. Setakat harini dah masuk hari keenam berpuasa... Alhamdulillah, takde lagi rezeki untuk tong sampah. Semuanya licin...




Bercakap pasal menu. Harini 3 menu je juadah kami. Cekodok kacang panjang, ayam masak hitam dan ayam masak kari sayur kacang. Hehe... Kenapa banyak versi ayam? Biasalah kalau dah ramai... Macam-macam permintaan ada. Ikut suara majoriti... Akhirnya terhasillah dua menu berbeza, tapi... Bahan yang sama. Boleh!


Part cekodok... Petua nak bagi cekodok lembut walaupun dah sejuk, just masukkan sedikit serbuk penaik. Insya Allah akan lembutlah cekodok nanti. Alhamdulillah... Begitulah antara menu ringkas kami...

Assalamu'alaikum ♥ Nando's sedap sangat ke? , buffered earning terbaru nuffnang bagi selepas cpuv uMobile Blogger Ambassador...



Assalamu'alaikum
Nando's sedap sangat ke?, buffered earning terbaru nuffnang bagi selepas cpuv uMobile Blogger Ambassador. Alhamdulillah... Murah rezeki bulan puasa.


Sumber gambar antara menu terdapat di Nando's adalah daripada google image

Bercakap pasal Nando's, even tak sampai lagi hajat nak makan kat tempatnya... Tengok menu pun... Giler tak sedap. Harap mata tak menipu. Haha... 


Cpuv Nando's sedap sangat ke?

Ramai para blogger yang dah review pasal Nando's. Takde sorang pun kata tak sedap. Hurmmm... Kalau ada Nando's di area tempat aku tinggal... Walaupun ada yang kata agak mahal. Sanggup menabung untuk mencuba makanannya... Haha. Baru tahu sedap ke tak sedap... Kan? Mesti ada menu yang boleh memikat hati punya. Ye tak?

Nak tahu lebih mengenai menu yang terdapat di Nando's... Bolehlah klik iklannya if berlegar di blog ni... Tak pun terus ke laman webnya DI SINI.

Assalamu'alaikum ♥ Ikan kembung panggang pemanggang ajaib , menu utama berbuka semalam. Dek kerana licin sampai ke tulang... Aku...



Assalamu'alaikum
Ikan kembung panggang pemanggang ajaib, menu utama berbuka semalam. Dek kerana licin sampai ke tulang... Aku up'kan entrinya di sini... Untuk membuktikan pemanggang ajaib memang terbaik untuk memanggang. Haha...


Sabo jelah. Serius... Lama tak merasa ikan kembung panggang. Nak buat teramatlah mudah... Lepas disiang, ikan digaul dengan kunyit untuk hilangkan bau dan juga sedikit garam. Asam jawa, cili, bawang putih, lengkuas, gula 'apong' dan halia. Then, panggang dalam pemanggang ajaib sehingga masak.

Kalau ratah begitu saja tak berapa nak sedap. Jadinya aku buatlah pencicah ikan simple untuk melengkapkan menu tersebut. Nak buat pencicah ikan cara aku... Bahannya hanyalah cuka, kicap masin adabi... Kalau tak ada jenama adabi... Guna je apa-apa jenis kicap masin... Yang penting ada. Kemudian, halia, bawang putih dan cili ikut kepedasan masing-masing ok. Nak buat... Just kisar kesemua bahan dan gaulkan. Mudahkan...

Alhamdulillah... Walaupun menu berbuka semalam simple, yang penting semua family kenyang. Tak perlu membazir... Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan. Haha... Menyempat lagi memberi nasihat yer... Hakikatnya ia untuk mengingatkan diri sendiri jugak sebenarnya... Yang kadangkala rambang mata.

Assalamu'alaikum  ♥ Kenapa tembikai dikatakan boleh membantu lelaki?  Entri seterusnya dari aku. Tetiba rasa nak berkongsi info ...



Assalamu'alaikum 
Kenapa tembikai dikatakan boleh membantu lelaki? Entri seterusnya dari aku. Tetiba rasa nak berkongsi info mengenainya memandangkan buah tersebut berlonggok-longgok dijual di sana sini. Contohnya, semalam masa ke bazar ramadhan Spaoh... Tengok tembikai kemain banyak, seperti tiada siapa yang berminat nak beli. 


Sumber dari majalah iSIHAT

Untuk pengetahuan semua terutamanya bagi kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas dikatakan kerap diserang darah tinggi. Untuk mengelak penyakit tersebut... Kajian perubatan menunjukkan tembikai mempunyai kandungan kalium yang berperanan mengurangkan tekanan darah tinggi dan strok. Dengan mengamalkan memakan sepotong setiap hari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Tak rugi mencuba kan... Buah je pun... Semoga info yang sedikit ini memberi manfaat buat kita bersama ^_<.

Assalamu'alaikum ♥ uMobile Blogger Ambassador , cpuv atau buffered earning terbaru beriklan di blog aku bermula harini. Alhamdul...



Assalamu'alaikum
uMobile Blogger Ambassador, cpuv atau buffered earning terbaru beriklan di blog aku bermula harini. Alhamdulillah... Rezeki bulan puasa selepas campaign di Tesco lebih jimat. Thanks pihak Nuffnang kerana berterusan memberi buffered earning.


Buat yang sudi singgah... Terima kasih jugak aku ucapkan. Tanpa korang, takde traffik blog aku woo... Haha. Lagi satu... Entri ni bukan untuk menunjuk. Just sebagai catatan prestasi blog saja ok.

Assalamu'alaikum ♥ Testing baju raya , kisah semalam after Alia habis makan nasi goreng ikan bilis planta yang aku buatkan. Mak...



Assalamu'alaikum
Testing baju raya, kisah semalam after Alia habis makan nasi goreng ikan bilis planta yang aku buatkan. Mak selesai jahit baju raya Alia. Tahun ni baju Ain dan Alia mak buatkan jubah. Senang nak jahit.


Bila dah testing... Wajib ambik gambar kata hubby. Apalagi... Alia yang suka kena ambik gambar... Berabis posing. Haha... 

Tahun ni punya baju raya semuanya... Emak yang jahitkan kecuali baju hubby. Baju dia before puasa dah hantar kedai. Nanti 30hb ni baruk pegi ambik. Alhamdulillah... Tema baju raya tahun ni color hijau. Tahun ni takde baju main beli terus. Haha... Dah lama tak pakai baju yang mak buat... That why tahun ni decide suruh mak je yang buatkan. Lagipun mak dah takde ambik tempahan lagi dah sekarang... Cuma jahit baju family sendiri je. So, banyak masa nak menjahit.

Kalau dulu... Sibuk jahit baju customers... Sampaikan anak-anak sendiri takde baju raya. Sudahnya pegi beli di kedai. Sampai macam tu sekali.

Assalamu'alaikum ♥ Nasi goreng ikan bilis planta , semestinya resepi kesukaan anak dara aku. Juga antara menu untuk breakfast ka...



Assalamu'alaikum
Nasi goreng ikan bilis planta, semestinya resepi kesukaan anak dara aku. Juga antara menu untuk breakfast kami sekeluarga kalau tak bulan puasa. Ikut tahap kerajinan jugak... dan kalau ada saki baki nasi... Tu yang timbul idea nak buat nasi goreng.


Gambar nasi goreng ikan bilis planta

Alhamdulillah, nak buat nasi goreng ikan bilis gaya aku amatlah mudah. Bahan-bahan pun sikit. Nasi semangkuk, 4 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis yang ditumbuk, cili, sedikit garam, sebiji telur, lobak merah dipotong kecik, bunga kobis dan sedikit planta untuk menggoreng.

Nak buat pulak, caranya adalah seperti berikut:-
  1. First panaskan kuali. Masukkan planta dan tumiskan bahan seperti bawang, cili dan ikan bilis. Then pecahkan telur dan kacau bagi hancur.
  2. Masukkan lobak merah dan bunga kobis.
  3. Lastly, masukkan nasi, sedikit garam dan goreng sehingga masak.
Mudahkan... Semudah ABC. Alhamdulillah... Breakfast pagi tadi Alia habiskan nasi goreng ikan bilis planta dengan telur rebus.

Assalamu'alaikum ♥ Solid food pertama Nur Ain Haziqah , entri pertama tentang menu makanan Ain yang harus dicatat. Tanggal 20 Jun...



Assalamu'alaikum
Solid food pertama Nur Ain Haziqah, entri pertama tentang menu makanan Ain yang harus dicatat. Tanggal 20 Jun 2015... Ain dah pun start makan memandangkan usia dia dah pun 6 bulan 1 hari. Untuk permulaan... Start breakfast, aku try bagi Nur Ain makan 2 sudu pisang yang telah dilenyekkan dan dimasukkan ke dalam  fresh food feeder. Alhamdulillah... Habis Ain makan. Kemain... Siap nak pegang sendiri. Hehe...


Untuk permulaan, aku try bagi breakfast je dulu... Kita tengok dengan percubaan selama 4 hari. If takde masalah... Mean, Ain boleh makan pisang.

Alhamdulillah... Untuk first day semalam, Ain tiada sebarang alahan terhadap pisang. Kita tengok second day pulak bagaimana. Pada aku... Nak tengok baby alah ke tidak dengan sesuatu makanan tu... Kena bagi makan sesuatu makanan tu dalam beberapa hari... Barulah boleh tahu, alah ke tidak.

Tu tip aku bagaimana hendak memberi bayi berusia 6 bulan makanan berdasarkan pengalaman menjaga si kakak Alia dulu. 

Assalamu'alaikum ♥ 6 tips sapuan gincu lebih cantik dan menarik , tip berguna buat wanita yang sentiasa inginkan kelihatan canti...



Assalamu'alaikum
6 tips sapuan gincu lebih cantik dan menarik, tip berguna buat wanita yang sentiasa inginkan kelihatan cantik... Lebih-lebih lagi pada yang gemar bergincu, pastinya ingin tahu bagaimana cara menggunakan gincu agar kelihatan lebih cantik.


Sumber gambar dari google

Baru-baru ni... Aku ada terbaca di dalam majalah wanita... Di mana untuk sapuan gincu kelihatan kemas dan cantik... Berikut adalah tips yang harus dipraktikkan:-
  1. Guna pelembap bibir sebelum mengoles gincu.
  2. Kemudian, tekap bibir dengan bedak padat.
  3. Oles bibir dengan warna gincu kegemaran.
  4. Sapukan pengilat bibir warna senada atau warna bibir yang menawan.
  5. Selepas makan atau minum, oles kembali gincu agar solekan bibir sentiasa cantik.
  6. Agar solekan tidak tampak comot, gunakan penggaris bibir.
Mudah kan... Oh! Ya, pada penggemar gincu bewarna coklat... Cara memilih gincu bewarna coklat mengikut warna kulit pernah aku kongsikan infonya DI SINI

Dah tahu cara memilih gincu mengikut warna kulit dan cara menggunakan gincu agar kelihatan cantik... Apa kata baca jugak tips pilih pakaian mengikut hari DI SINI. Memang perfect tip-tipnya kan...

Assalamu'alaikum ♥ Harini Nur Ain Haziqah genap 6 bulan . Alhamdulillah... Cepatnya masa berlalu. Pejam celik... Pejam celik... ...



Assalamu'alaikum
Harini Nur Ain Haziqah genap 6 bulan. Alhamdulillah... Cepatnya masa berlalu. Pejam celik... Pejam celik... Rasa macam tak percaya yang Nur Ain dahpun berusia 6 bulan.


Selain dalam proses meniarap dan jugak sedang berusaha mengorak langkah ke hadapan sambil tunjuk bontot... Haha. Ain jugak belajar nak pegang botol susu sendiri. Alhamdulillah... Semakin kuat otot tangan Ain untuk memegang bebanan seberat 200ml susu. Walaupun asyik jatuh... Aku biarkan proses itu berlaku. Biar Ain belajar untuk berdikari... 

Next week tanggal 25... Sehari before birthday maknya. Haha... Ain akan checkup umur 6 bulan. Entah berapalah berat dia nanti yer... Ain sekarang lasak jugak meniarap. Harap-harap berat dia under control dan sentiasa normal seperti sebelumnya. Amin...

Semoga Nur Ain Haziqah terus membesar dengan sihat bagaikan juara buat ayah, mak dan kakak.

Assalamu'alaikum ♥ Tesco lebih jimat , cpuv terbaru selepas Perfecto Popcorn Launch . Alhamdulillah, rezeki Alia dan Ain. Bercak...



Assalamu'alaikum
Tesco lebih jimat, cpuv terbaru selepas Perfecto Popcorn Launch. Alhamdulillah, rezeki Alia dan Ain. Bercakap pasal Tesco... Untunglah siapa yang duduk berhampiran dengan Tesco. Yelah! Tadi ada jugak google laman Tesco. Subhanallah... Murah giler harga barang kalau nak dibandingkan dengan tempat aku.


Laman Web Tesco

Jika dilihat pada screenshot yang sempat aku ambik untuk harga Meggie, Milo, labour Dishwashing dan Bio Zip Power. Fuh! Memang save budget tau harga barang di Tesco, jika nak dibandingkan dengan harga di Spaoh dan Betong.


Well... Tak perlu nak dengki ok. Banyak faktor yang menyebabkan harga barang berbeza dari satu tempat dengan satu tempat. Cumanya... Ia satu keuntungan buat mereka yang tinggal berhampiran dengan Tesco. Rugi kalau tak pergi...

Assalamu'alaikum ♥ Nasi goreng simple permintaan si kakak  tajuk entri seterusnya pada hari pertama bulan ramadhan. Nasib baik m...



Assalamu'alaikum
Nasi goreng simple permintaan si kakak tajuk entri seterusnya pada hari pertama bulan ramadhan. Nasib baik masih ada lagi saki baki nasi sahur pagi tadi. So, masak jelah nasi goreng simple untuk lunch Alia.

Alia sekarang dah reti mintak buatkan itu dan ini. Memandangkan dia sikit makan, kuat menyusu... Bila mintak je buatkan sesuatu... Haaa... Masa tu jugak aku buatkan. Bukannya apa... Kalau dah mintak gitu, mesti banyak dia makan. Confirm! Hehe...



Nak buat nasi goreng kesukaan si budak Alia amatlah mudah. Main campak je... 2 ulas bawang merah, dua ulas bawang putih dan cili dikisar, semangkuk nasi, brokoli, Sedikit isi ayam dipotong dadu, bunga kobis dan sedikit garam. Nak buat... Tumis bahan... Masukkan ayam, sayur dan nasi... Sedikit garam... Dan goreng sehingga masak.

Mudah je. Main campak je pun... Alia suka. Alhamdulillah... 

Assalamu'alaikum ♥ 3 tahun 6 bulan , itulah usia Alia harini. Umur semakin bertambah. Perangai pun bertambah. Suka mengusik atuk da...



Assalamu'alaikum
3 tahun 6 bulan, itulah usia Alia harini. Umur semakin bertambah. Perangai pun bertambah. Suka mengusik atuk dan nenek... Itulah perangai dia sekarang ni. Selalu sorokkan cermin mata mak... Sampaikan orang tua tu tercari-cari dibuatnya. 



Perlu Diingatkan Selalu orangnya. Itulah tips aku untuk melatih Alia untuk lebih bertanggungjawab ke atas apa yang dia buat.. Biarpun ada masanya dia buat-buat tak tahu. 

Hehe... Biasalah budak kan... Otak tengah berkembang, semua benda dia nak try and error. Aku percaya... If kita selalu mengingatkan, anak pasti akan terbiasa melakukannya... Yang penting kita kena banyak bersabar dengan karenah anak-anak walaupun ada masa dan ketikanya perangai mereka membuatkan kita naik angin satu badan. Kan...

Assalamu'alaikum ♥ CPUV Perfecto Popcorn Launch ... Next campaign selepas campaign Dumex Dugro . Terima kasih kepada pihak Nuffn...



Assalamu'alaikum
CPUV Perfecto Popcorn Launch... Next campaign selepas campaign Dumex Dugro. Terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berterusan memberi campaign. Pada yang sudi singgah dan komen juga... Terima kasih yer :)


Tak silap campaign ni pasal produk terbaru berasaskan popcorn di mana melibatkan 3 jenis popcorn... Iaitu popcorn coklat, caramel dan vanila. Nak tahu lebih info mengenainya... Bolehlah klik iklan berkaitan yang muncul di blog ni... Yang pasti... Entri ini sekadar catatan... Bukannya untuk menunjuk atau riak. Jauh di sudut hati... Niat hanya untuk berkongsi.

Assalamu'alaikum ♥ Bangun serumah , begitulah first day puasa kami. Hahaha... Semangat mesti ada. Alia dan Ain pun bangun. Alham...



Assalamu'alaikum
Bangun serumah, begitulah first day puasa kami. Hahaha... Semangat mesti ada. Alia dan Ain pun bangun. Alhamdulillah... Menu sahur harini tersangatlah simple... Ayam masak kicap, telur goreng planta, ikan bilis goreng dan sayur campur. Even simple, tapi bermakna bila semua bangun sahur. 



Untuk ibu seperti aku yang menyusukan bayi... Tentunya dalam otak berfikir bagaimana nak puasa bila menyusukan bayi. Pada aku, sebenarnya takde masalah berpuasa walaupun menyusukan anak secara directly breastfeeding. Tipsnya mudah je...

First... Kena thinks positif. Percaya bahawa ciptaan Allah pasti punyai kelebihannya tersendiri... Fikir bahawa susu sentiasa ada untuk anak even berpuasa.

Second... Banyakkan minum air kosong dan makan makanan yang berkhasiat. Paling elok... Try makan 3 biji kurma semasa sahur untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Lastly, if takut susu berkurang... Try simpan stok susu sebanyak yang boleh untuk cover bulan puasa.

Tu je kot... Tips mudah dari aku. Apa-apa pun selamat menunaikan ibadah puasa yer :)


Assalamu'alaikum ♥ Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau? Satu antara seribu persoalan yang mugkin akan timbul di ruang p...



Assalamu'alaikum
Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau? Satu antara seribu persoalan yang mugkin akan timbul di ruang pemikiran seorang ibu apabila first time ada baby. Seperti yang pernah aku lalui mula-mula ada Alia. Bukan setakat bertanya dengan mak... Aku juga turut menghabiskan masa dengan melayari internet dan membaca buku untuk mendapatkan maklumat mengenai penjagaan bayi. Alhamdulillah... Dengan sedikit ilmu yang ada... Aku mampu menguruskan Alia sendiri.


Oleh yang demikian, untuk entri kali ini... Aku ingin berkongsi mengenai tiga kemungkinan mengapa air kencing bayi berbau iaitu:-

  1. Berbau hapak, mungkin disebabkan terlalu lama tidak menukar lampin bayi.
  2. Berbau akibat terlalu pekat dan itu adalah disebabkan bayi kekurangan air kerana penghidratan adalah bahaya untuk bayi.
  3. Jarang kencing dan lampin kering, petanda berkemungkinan terdapatnya jangkitan pada saluran air kencing.
Tu antara sebab mengapa air kencing bayi berbau berdasarkan apa yang pernah aku baca dalam buku soal jawab bayi dan kanak-kanak hasil karya Dr. Carol Cooper. Semoga info yang sikit ini memberi manfaat buat semua.

Alhamdulillah... Anak adalah anugerah dan amanah terindah yang Allah kurniakan untuk kita jaga dan didik. Semoga kita menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak kita.

Assalamu'alaikum ♥ Hantar dulang ke surau  fenomena yang sering berlaku bila menjelang bulan puasa di kampung aku. Setiap rumah ...



Assalamu'alaikum
Hantar dulang ke surau fenomena yang sering berlaku bila menjelang bulan puasa di kampung aku. Setiap rumah akan menghantar sedulang hidangan ke surau mengikut blok. Alhamdulillah... Majlisnya dah pun selesai petang tadi.

diari ramadhan 2015, cerita puasa 2015,

Ia adalah budaya di kampung aku sebagai tanda untuk menyambut bulan puasa yang mulia. Berkumpul ramai-ramai di surau, then ada tahlil dan diakhiri dengan jamuan makan. Bulan puasa di kampung aku cukup meriah saban tahun... Setiap hari... Pasti ada undangan untuk berbuka puasa. Tahun lepas... Beberapa hari je ayah berbuka di rumah... Selebihnya berbuka di rumah jiran. Kekadang... Ayah seperti malas nak pergi. Tapi... Tak baik tolak pelawaan jiran. Nanti apa pulak kata dorang. Rezeki jangan ditolak... Musuh jangan dicari. Betul tak?

Part tarawih pulak... Setiap malam pasti ada yang bersedekah ke surau untuk dijadikan jamuan selepas tarawih. Balik tarawih pasti bawak tapau berisi pelbagai jenis kuih... Sampai tak habis makan. Huhu...

Rindunya saat itu...

Assalamu'alaikum ♥ Maksud simpulan bahasa ada gaya . Kalau semalam aku berkongsi tentang maksud ada akal . Entri kedua kali ni j...



Assalamu'alaikum
Maksud simpulan bahasa ada gaya. Kalau semalam aku berkongsi tentang maksud ada akal. Entri kedua kali ni jugak masih di bawah tajuk simpulan bahasa yang bermula dengan huruf 'A'.


Maksud ada gaya ialah ada tokoh untuk melakukan sesuatu. Dalam erti kata yang lain... Ialah mempunyai kelebihan dalam diri. Contoh ayat ada gaya adalah 1) Alia ada gaya untuk menjadi seorang pengawas sekolah yang baik. 2) Nur Ain ada gaya untuk menjadi seorang doktor.
Mudah kan... Semoga dengan dua contoh ayat maksud simpulan bahasa ada gaya ia mampu memberi kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan ada gaya. 

Assalamu'alaikum ♥ Berpusing seperti jam . Semenjak Ain dah pandai meniarap... Bermacam-macam gaya dia dah buat. Sekarang ni tam...



Assalamu'alaikum
Berpusing seperti jam. Semenjak Ain dah pandai meniarap... Bermacam-macam gaya dia dah buat. Sekarang ni tambah lagi satu skill... Berpusing 360° sama seperti sebelum meniarap... Cuma masa tu... Dalam keadaan telentang... Kemain suka lagi dia... Dapat capai mainan kiri dan kanan. 


Tips mudah untuk galakkan anak meniarap dari aku hanyalah satu... Selalu umpankan anak dengan mainan yang berwarna-warni dan berbunyi tiap kali dia cuba untuk meniarap. Insya Allah... Bila sampai masanya... Pasti anak boleh meniarap. Cuma satu pesanan orang tua-tua... Jangan dok tolong anak... Takut nanti anak tak reti nak berdikari...

Alhamdulillah... Sekarang ni Nur Ain bukan je berpusing 360˚... Malah tengah berusaha untuk mengundur ke belakang. Tak sabar pulak tengok dia berjaya dapat skill baru. Hehehe...