Assalamu'alaikum ♥ Setiap hari pasti bermakna bila dianugerahkan seorang bayi yang comel. Rasa penat dan lelah pasti hilang tiap ...

Setiap Hari Pasti Bermakna

/
2 Comments


Assalamu'alaikum
Setiap hari pasti bermakna bila dianugerahkan seorang bayi yang comel. Rasa penat dan lelah pasti hilang tiap kali melihat telatahnya yang melucukan.



Now, Ain suka sangat ketawa bila diagah. Akibat teruja... Hubby dan Alia selalu mengagah. Sudahnya... Kena marah dengan mak. Kononnya, nanti mengigau malam, akibat letih kena agah.



Sesekali tangan Ain boleh menyentuh kaki. Aksi spontannya itu membuatkan kami tersenyum memanjang. Mula sedar dari mana datangnya bunyi... Membuatkan Ain berpusing ke kiri dan ke kanan seolah-olah mencari dari mana datangnya bunyi. Bagi mempertajamkan deria Ain terhadap bunyi... Aku selalu bawak Ain ke luar rumah. Pasti... Suasana alam mencuri perhatian Ain. Malah... Apabila dipanggil nama penuhnya "Nur Ain Haziqah"... Pasti sepantas kilat dia menoleh. Oh! Ain... Bijak sungguh.




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. hidup rumahtangga akan lebih bermakna dengan kehadiran anak2..mereka menyerikan lagi hidup kita...

    ReplyDelete