Assalamu'alaikum
Sakit hati tengok watak Tengku Amalin yang dilakonkan oleh Bella Nazari  tau. Memang menjadi watak dia dalam hati perempuan kan. Semalam... Sempat jugak tengok episod 23 dan promo episod 24 hati perempuan. Sah! Seperti yang aku jangkakan dalam episod sebelumnya... Bukan Daniel Idrus... Tapi Ku Lin yang merosakkan Rumahtangga Tengku Zaril dan Yuhanis.


Sumber dari google image

Niat dia semakin menjadi-jadi sebaik sahaja Yuhanis dilantik menjadi leader untuk Paradiska... Then, Tengku Zaril juga merasakan Yuhanis dan Tengku Zarul hampir-hampir kemalangan adalah angkara Ku Lin.

Kerisauan Tengku Zaril terhadap kehadiran Tengku Amalin ke Malaysia akhirnya terjawab apabila sahabat baiknya sendiri, Syed Ammar melihat Ku Lin di depan mata bersama seorang lelaki.

Sampai satu masa, Tengku Zaril hampir menceritakan perkara sebenar antara dia dan Ku Lin kepada Yuhanis. Apakah hubungan dia dengan Ku Lin sebelum mengahwini Yuhanis. Namun, tidak kesampaian apabila bonda Tengku Zaril call bagitau Iyan menangis.

Episod 23 hati perempuan tamat dengan kehadiran Ku Lin di Paradiska dan terserempak dengan Yuhanis. Apakah yang berlaku seterusnya, kenalah tengok episod akhir hati perempuan untuk minggu ni pada malam ni.

Tengok promo episod 24, macam Ku Lin bagitau Yuhanis bahawa dia pernah mengandungkan anak Tengku Zaril. Apakah reaksi Yuhanis? Adakah percaya atau tidak dengan cerita Ku Lin?... Atau memang betul ke Ku Lin mengandungkan anak Tengku Zaril. Kenalah tengok kesudahannya malam ni. Ye tak? If berkesempatan.

******

Tapi serius... Watak Ku Lin memang membuatkan peminat stress. Lagi dengan memek muka dia yang sinis... Menjadi betul watak dia sebagai perempuan perosak rumah tangga orang. Tahniah! Bella Nazari.