Assalamu'alaikum
Peminat setia Wak Mustar semestinya mak dan bapak aku. Selesai solat... Dinner semua. Habis tengok berita tv3. Mesti dah ada depan tv terutamanya hari Rabu, malam Khamis... Memang tak pernah miss tengok kilauan emas musim ke-5... Dari first week sampailah ke peringkat akhir semalam.

Bangun pagi mesti akan dengar ulasan dari mereka berdua. Tak sah! Mengalahkan juri. Haha... Malah, every week jugak dorang tak putus-putus mengata yang Wak Mustar akan menjadi juara kilauan emas musim kelima. Huhu... Betullah bagai dikata... Kata-kata bagaikan doa. Kalau dah sejuta rakyat Malaysia mengatakan yang Wak Mustar akan menjadi pemenang kilauan emas musim kelima. Pastinya termakbul jua.

Sumber dari google image

Siapa sangka Wak Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar,47 berasal dari Selangor, bekerja sebagai tukang rumah... Memiliki seorang isteri yang cantik diberi nama Hazelinda Zainal Abidin dan mempunyai 5 orang anak berjaya bergelar juara kilauan emas musim ke-5 2015. Siapa sangka kan!

Tu la... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia... Takde siapa yang tahu. Tahniah buat Wak mustar. Otai masih berbisa!