Assalamu'alaikum ♥ Menu sayur campur ringkas .  Alhamdulillah... Dalam dok jeling-jeling tengok hati perempuan episod 27 , semp...

Menu Sayur Campur Ringkas

/
0 Comments


Assalamu'alaikum
Menu sayur campur ringkas

Alhamdulillah... Dalam dok jeling-jeling tengok hati perempuan episod 27, sempat jugak sediakan menu makan malam. Alia cukup suka dengan sayur brokoli dan carrot.



Baca jugak : Kebaikan Brokoli
Baca jugak : Kelebihan Lobak Merah 

Nak buat sayur campur gaya aku... Teramatlah mudah. Bawang merah, bawang putih dan cili dihiris dan ditumis. Masukkan sosej... Then, carrot... Bila nampak carrot macam dah nak masak. Masukkan pulak brokoli dan perencah secukup rasa maggie. Fuh! Habis semangkuk Alia ratah. Sudahnya... Tak mau makan nasi. Ayam masak santan pun dia tolak tepi. Sabar jelah.

Sebab tu... Every week, brokoli dan carrot mesti ada hubby belikan. Suka tengok Alia makan sayur katanya. 

Tu part dinner. Part hati perempuan pulak... Alahai, tak habis-habis Ku Lin dengan agendanya... Kali ni, dia siap sound Yuhanis suruh tinggalkan Tengku Zaril... Dan dia tetap mahukan Tengku Zaril. Sebab tu kot... Best on promo episod akhir hati perempuan... Tengku Zaril kena pukul dengan Nazim... Yuhanis pulak bagaimana?

Esok mesti ramai yang tak nak ketinggalan tengok kan. Almaklumlah... Dah last episod.

Next week, drama dia... Isteri luar biasa pulak yang akan disiarkan untuk menggantikan hati perempuan. Tengok promo macam best.





ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: