Assalamu'alaikum ♥ Gantikan gula dengan stevia . Kisah encik suami tetiba membeli sebotol stevia dengan rakannya beberapa hari y...

Gantikan Gula Dengan Stevia

/
1 Comments


Assalamu'alaikum
Gantikan gula dengan stevia. Kisah encik suami tetiba membeli sebotol stevia dengan rakannya beberapa hari yang lepas. Sebotol stevia 10ml, harganya RM50. Mahal atau tidak... Yang pasti, produk untuk kesihatan mesti berganda harganya. Ye tak?


apa itu stevia, kebaikan stevia, kelebihan stevia, harga sebotol stevia,

Menurut sumber...
Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah stevia dari spesis Rebaudiana. 
Stevia juga dikenali sebagai “Pokok Gula” di Malaysia kerana dipercayai boleh mengurangkan dan mengawalkan kencing manis. - Sumber : SteviaMalaysia
Itu tentang Stevia berdasarkan sumber. Dapat je dari hubby... Aku try masukkan setitik dalam gelas berisi lebih kurang 200ml air. Cukup manis bagi aku yang kurang pemanis. Setitik pun dah manis tau. Rasanya... Pada yang tak kuat minum air manis, pasti sebotol stevia boleh guna sampai duatiga bulan kot.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. lagi bagus kalau minum air biasa je, sekali sekala nak minum sedap2 pun tiada salahnya :p

    ReplyDelete