Assalamu'alaikum ♥ Drama Dia Isteri Luar Biasa dikatakan drama akasia terbaru  akan menggantikan  drama Hati Perempuan yang hany...

Drama Dia Isteri Luar Biasa Akan Gantikan Hati Perempuan

/
3 Comments


Assalamu'alaikum
Drama Dia Isteri Luar Biasa dikatakan drama akasia terbaru akan menggantikan drama Hati Perempuan yang hanya lagi tinggal 6 episod.

Berdasarkan sumber... Sinopsis drama dia isteri luar biasa mengisahkan tentang kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Ayam Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota London.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Dewi dan Raden Amzar terus bersama atau sebaliknya?

Kenalah Tonton Drama Dia Isteri Luar Biasa 28 Episod setiap Isnin hingga Khamis, 6:55 petang... Semestinya tv3... Bermula 18 Mei 2015.


Sumber sinopsis : Infotaip

******

Antara Para Pelakon Dalam Dia Isteri Luar Biasa
Shukri Yahaya sebagai RadenAmzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra

Keith Foo sebagai CikKem

Nonny Nadirah sebagai Eda

Uqasha Senrose sebagai Dr Akma

Ardell Aryana sebagai Nora

Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah

Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah

Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

******

Sumber dari facebook drama adaptasi novel

Before ni kita pernah tengok Nur Fathia dan Keith Foo dalam drama Ariana Rose iaitu antara drama yang hits penontonnya tersangatlah tinggi... Kali ni pulak Nur Fathia digandingkan dengan Syukri Yahaya iaitu pelakon watak Ziyad dalam Asam pedas untuk dia. Famous jugak drama tu masa ditayangkan haritu. Cuma aku tak tengok sangat. Ada yang menjangkakan drama akasia terbaru gantikan hati perempuan akan meletop. Ia atau tidak jawapannya kenalah tengok selepas ia ditayangkan. Betul tak?





ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. wow..mesti best cerita ni nnti.. pelakon pun hebat2..:)

    ReplyDelete
  2. ohh dah nak habis ye hati perempuan..

    ReplyDelete
  3. tayang waktu petang...mmg tak dapat la nak tengok :)

    ReplyDelete