Assalamu'alaikum
Dia.. Isteri luar biasa episod 5. Sempat jugak tengok. Episod 4 memang aku tak follow. Busy sangat masa tu di dapur. Tetiba Alia request nak makan sup ayam. Tapi... Kalau drama melayu... Setakat ketinggalan duatiga episod... Still boleh follow lagi cerita dia. Ye tak?

Sumber dari google image

Episod 5 semalam. Dewi Yusra dah tahu... Ke mana Dr. Raden akan pergi. So, dia ajaklah Nina dan Eda, sahabat baiknya vacation di tempat Dr. Raden akan pergi. Sampai je kat situ... Sah-sah jumpa Dr. Raden. Apalagi siap dinner bersama dan ikut Dr. Raden masuk hutan. Tapi kesian... Eda dan Nina kebosanan hingga menyebabkan Nina merajuk mintak di pujuk. 

Adakah cinta Dr. Raden dan Dewi Yusra berputik di situ... Atau Dr. Raden bertepuk sebelah tangan... Sehingga menjadi pucuk di cita ulam mendatang buat Dewi yang inginkan anak... Semata-mata untuk dapatkan zuriat bagi mewarisi business nasi ayam bonda miliknya.

Nak tahu sambungan ceritanya... Nanti... Kalau berkesempatan... Bolehlah tengok episod 6 malam ni.