Assalamu'alaikum
Dia.. Isteri luar biasa episod 3, semestinya sambungan daripada episod 2 semalam di mana berakhirnya dengan babak Dewi Yusra tidur beralaskan bahu Raden di dalam pesawat tanpa disedari Dewi.


Sumber dari google image

Rentetan itu, Raden jadi tak selesa sehingga membuatkan dia menjerit di telinga Dewi supaya bangun... Dan Dewi pun terbangun tersipu-sipu. Sepatah pun mereka tak bertegur... Sampailah Raden mengerjakan solat. Apalagi Dewi berangan nak bersuamikan Raden. 

Semasa hendak keluar dari pesawat. Masing-masing ambik beg tanpa memeriksa terlebih dahulu. Balik rumah je... Ketika cousin Raden membuka beg konon-konon ada ke tidak ole-ole dari oversea... Sudahnya, dia terkejut... Semua barang dalam beg tersebut adalah barang wanita. Huhu... Dah tersalah beg rupanya. 

Bermulalah episod Raden menghubungi Dewi untuk bertukar beg. Namun... Dewi memarahi Raden kononnya gunalah taktik lain kalau yer pun nak mengurat. Sampailah kat rumah Dewi membuka beg. Dah sudah... Semuanya barang lelaki. Apalagi... Dewi mula rasa bersalah sebab bercakap kasar dengan Raden.

Tu antara yang sempat aku tengok. Nak rekod pun tak menyempat sempat sibuk di dapur. Tetiba Alia lapar... Ada anak memang tak aman nak menonton tv. Huhu... Tapi rasanya, plot cerita pun dah boleh agak kot if ada yang dah baca novel dia.. Isteri luar biasa. Ye tak?