Assalamu'alaikum ♥ Checkup 5 bulan Nur Ain Haziqah .   Semalam punya cerita. Sedikit coretan mengenainya. Bermula dengan episod ...

Checkup 5 Bulan

/
1 Comments


Assalamu'alaikum
Checkup 5 bulan Nur Ain Haziqah. Semalam punya cerita. Sedikit coretan mengenainya. Bermula dengan episod menunggu encik suami balik dari mengajar. Alhamdulillah... Before jam 2, encik suami dah sampai rumah. Ingatkan nak gerak awal jam 2 gitu... Tapi, Alia pulak tidur. Dah janji nak bawak dia sekali. So, tunggu dia bangun baru gerak.


Settle semua... Jam tiga suku gerak. Nasib baik orang tak ramai. Dalam dok menunggu giliran... Sempat jugak jejak kasih dengan rakan sekolah dulu. Nak dijadikan cerita... Ain dok perati je muka kawan aku tu yang sedang bercakap sambil pegang tangan Ain. Apalagi... Ain dah pandai memilih orang sekeliling terus melalak.

Kemudian... Bila kena panggil dengan nurse yang aku kenal. Nurse pun pegang kepala Ain. Terus sambung lagi menangis... Sampai kena injection pun still nangis. Dah settle injection, terus diam. Mak aii... Boleh pulak lepas injection dia diam... Kalau sebelum tu... Kalut jugak nak pujuk dia. Ain o Ain... Sabar jelah yer :)... Sampai duatiga orang jugak nurse tolong pujukkan... Pun tak jalan. Bagi nenen lagilah dia tak mau...

Tapi... Alhamdulillah, berat Ain naik 800gram. So, berat Ain 5 bulan ialah 6.8kg dan ketinggian... 65cm.

Alhamdulillah...


ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Alhamdulillah....semoga jadi anak yang solehah yer ain...

    ReplyDelete