Assalamu'alaikum ♥ Bila dia mula berimaginasi  main masak-masak... Habis semua acuan kuih dia keluarkan. Aku : Alia buat a...

Bila Dia Mula Berimaginasi

/
1 Comments


Assalamu'alaikum
Bila dia mula berimaginasi main masak-masak... Habis semua acuan kuih dia keluarkan.


Aku : Alia buat apa?
Alia : Ya buat kuih mak...
Amboi! Bukan main dia... Tahu pulak kegunaan bekas tu untuk apa. Tapi, apa nak dihairankan. Menurut Dr. Carol Cooper dalam bukunya berjudul "Soal jawab bayi dan kanak-kanak", pada usia 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak semakin bijak berimaginasi dan bercerita. Malah, pandai menghubungkaitkan sesuatu perkara.

Kekadang... Nak jugak naik angin, bila Alia keluarkan bekas kuih. Tapi... Bila difikirkan balik. Tak ada maknanya nak marah. Budak kan... Yang dia tahu... Nak main je kerjanya.

Bak kata encik suami... Dalam ketegasan, mesti ada kelembutan. Jangan tahu nak marah je. Sudahnya nanti... Bila dah besar. Anak pun ikut perangai kita.

At least, bila Alia main masak-masak. Aku dan Ain pun boleh join sama. Bermain sambil belajar. Boleh kenal warna. Ye tak?





ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: