Assalamu'alaikum ♥ Berakhir dengan kegembiraan begitulah yang berlaku dalam episod 28 atau episod akhir Hati Perempuan harini . R...

Berakhir Dengan Kegembiraan

/
0 Comments


Assalamu'alaikum
Berakhir dengan kegembiraan begitulah yang berlaku dalam episod 28 atau episod akhir Hati Perempuan harini. Rasanya... Jarangla drama Melayu berakhir dengan kesedihan kan... Semuanya berakhir dengan kegembiraan.

Mula-mula suspen jugak tengok Yuhanis kena pukul bahagian perut dengan orang suruhan Ku Lin... Sebab dalam 2 episod sebelumnya... Aku jangkakan Yuhanis mengandung. Tak sangka... Jangkaan aku betul rupanya. Hehe...

Well... Drama melayu kan. Pasti sikit sebanyak jalan ceritanya kita boleh jangkakan. Cumanya bila watak pelakon tu menarik... Tu yang tertarik nak menonton. 

Berbalik pada Yuhanis kena pukul. Sudahnya... Dia keguguran dan orang suruhan Ku Lin pun kena tangkap. Yelah... Sepandai-pandai tupai melompat, pasti jatuh ke tanah jugak. Rentetan itu... Ku Lin jadi tidak keruan. Tengku Zaril pulak... Bengang terus menyerang Ku Lin dan Nazim.

Apalagi... Tengku Zaril kena pukul dari belakang dengan Nazim. Tapi... Nasib baik sekadar pengsan. Huhu... Dipendekkan cerita. Tak cukup itu, Ku Lin menyelinap masuk ke villa Tengku Zaril dengan tujuan untuk membunuh Yuhanis. Namun tak berjaya. Akhirnya... Ku Lin dan Nazim kena tangkap.

Sumber dari facebook hati perempuan

Last... After 6 years, Tengku Zaril dan Yuhanis dah ada dua cahaya mata dan hidup dengan gembira. Dah tamat. Next week 18 Mei 2015... Start dengan episod 1 Dia... Isteri luar biasa. Nak tahu sinopsis drama Dia isteri luar biasa... Bolehlah baca sinopsisnya DI SINI




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: